Sahabat Perjuangan

Friday, March 22, 2013

Berubahlah Kerana Allah, Allah Maha Pengampun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk membuat sedikit coretan untuk tatapan sahabat2 sekalian. Maaflah saya dah lama tak post, dan tak selalu sangat post, sibuk sikit study, assignment, test, program, fuh, keliling pinggang. Haha.

     Post saya kali ni, saya mahu menekankan tentang "PERUBAHAN". Atau kita boleh sinonimkan dengan berhijrah, daripada tak baik, kepada menjadi baik. Dan yang baik, menjadi lebih baik lagi. Insyaa-Allah.

     Jadi, sebelum saya teruskan kepada isi2 penting, (macam karangan 120 patah perkataan lah pulak, hehe) eloklah saya tanya sahabat2 semua. Pernah tak terfikir dalam hati kita, untuk berubah? Walaupun sedikit perasaan itu timbul, tapi pernah tak?

Saya agak semua orang pernah bukan, cuma kadangkala kita tangguh2kan, atas2 faktor tertentu.

      Apa faktor2 tu? Kawan? Mentaliti?

Mari kita ompel sikit2 faktor2 ni (ceh, ayat dewan bahasa dan pustaka). Hehe.

_________________________________________________________________

1. KAWAN 

     Faktor paling senang untuk kita terpengaruh. Dalam proses perubahan kita, mungkin sekali kita biasa dengar dialog ni ;

"Nak berubah konon, blah lah,"

"Tak payah nak jadi baik sangat lah, sedar diri lah weh"

Ok, biasa tak dengar. Ok fine. Bagi saya, usah dipedulikan kawan seperti. Bukan bermaksud untuk tinggalkan terus kawan macam tu, tapi just pedulikan buat sementara kawan seperti tu, dalam proses perubahan kita.
     Cuba kita lihat pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Bilal Bin Rabah berhijrah, hinggkan diseksa dan dihempap batu di tengah padang pasir yang panas. Ada ke beliau kata, "Saya tak jadi berubah!". Tak kan. Malah beliau menyebut kalimah "Ahad", tanda beliau berubah kerana Allah. Tanpa hiraukan akan seksaan yang beliau terima, beliau tetap tekad dengan pendirian beliau.

     Banyak lagi kisah para sahabat, tapi cukuplah satu saya ceritakan.

Jadi, konklusinya, walaupun apa sekali perkataan, cacian, perli atau tomahan yang kita terima, tetapkanlah pendirian kita untuk berubah, ok.

     Kita berubah kerana Allah, dan lupakan yang lain.

Manalah tahu kan, bila kita dah berubah, then kita tunjukkan akhlak dan tauladan yang terbaik kepada kawan kita, kawan kita mula akan terbuka pintu hati, dan turut sama berubah. Kan tak kita dapat pahala, kan, kan. Wallahhua'lam.


2. MENTALITI

"Alaaa, lek lu, muda lagi nak berubah, lama lagi nak tua."

"Enjoy dulu bai, agak2 dah besar nanti berubah lah." 

     Ok, simple saya boleh bagi, insan begini tahap mentaliti dan pemikiran sangat cetek. Serius. Bukan saya menghukum, cuma kadang2 rasa diorang ni jenis cakap besar kan?

      Ok, kita kena ingat, bukan dah tua je kematian boleh datang kan. Manalah tahu, tengah2 kita duduk2 saja, tiba2 kita meninggal. Nauzubillah. Malaikat Izrail datang berkunjung kita pun sebanyak 70 kali dalam sehari kan, jadi, kenalah kita ingat. Wallahhua'lam.

Tak kisahlah siapa pun kita sekarang, pelajar ke, dah kerja ke, umur 12 tahun ke, kira semua lah, hendaklah kita ingat, agar sentiasa kita ingat, jangan dah terlambat masanya baru kita nak berubah, baru kita nak sedar erti penyesalan.

     Mungkin jugak ada yang mentaliti begini ; 

"Aku dah banyak buat dosa, Allah maafkan aku ke?"

"Aku tak tahu sama ada Allah terima taubat aku ke tak lah, hurm. " 

      Ok, ayat ni tak sepatutnya keluar dari mulut kita.
      
      Husnuszon. Bersangka baiklah.

Dalam ayat Al-Quran pun ada menyebut.

  يَا بَنِيَّ اذْهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"
Surah Yusuf, ayat 87

      Cuba kita lihat ayat yang saya BOLD kan tu. "janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

       Allah sendiri menuruh kita agar tidak putus asa, untuk mendapatkan rahmat-Nya. Sesungguh-Nya Allah Maha Pengampun. Al-Ghaffur.

       Walaupun dahulunya kita jahil, sejahilnya Abu Lahab, tapi Allah tetap mengampunkan dosa kita, asalkan kita tekad, dan bersungguh-sungguh mencari rahmat-Nya, dan kembali kepada jalan-Nya. Insyaa-Allah.

_________________________________________________________________ 

       Jadi, marilah sahabat2 semua, sama ada yang sedang membaca post ini, agar kita berubah, dan kembali ke jalan Allah, sebelum kita terlambat. Jika kita sudahpun berubah dan keluar dari kepompong kejahilan kita, alhamdulillah. Ayuhlah kita terus bergerak ke jalan Allah, untuk menjadi lebih baik daripada hari semalam.

       Dan suka untuk saya ingatkan, dunia ini hanya persinggahan. Perhentian sementara. Stesen. Sebelum kita pergi ke alam seterusnya, iaitu alam barzakh. Dan seterusnya alam akhirat, di mana di situ lah tempat yang kekal abadi buat kita. Yang dipilih Allah, syurga balasannya. SubhanAllah. Dan yang dimurkai Allah, neraka tempatnya. Nauzubillah. 

Sama2 kita menuju redha-Nya.

       Di dunia adalah tempat kita menuai. Menuai dengan ibadah dan amalan kita. Hasil tuaiannya akan dapat kita rasai di akhirat kelak, iaitu keindahan dan kenikmatan ganjaran Allah, iaitu Syurga Allah. Insyaa-Allah.

       Sedangkan di dunia ni, untuk kita dapatkan sesuatu yang kita nak tu, kita perlu bayarnya dengan duit. Jadi, jika kita mahukan syurga Allah, ia bukanlah percuma juga. Perlu dibayar dengan ibadah, amalan serta keredhaan Allah s.w.t. Wallahhualam.

Marilah kita sama2 menjadi hamba-Nya. Yang soleh. Yang solehah. Yang mendapat keredhaan-Nya.

Sekian saja coretan saya buat kali ini.

Saya mendoakan, agar para sahabat2 saya, sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t, dalam menggapai cinta kepada-Nya, AMIN, insyaa-Allah.

Salam ukhwah. Ukhwah Fillah 'Abadan Abada. ^_^


 السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته


4 comments:

  1. Alhamdulillah...nice post....jazakallah,,,

    sesungguhnya segala niat yg baik yakni niat 'unntuk berubah lebih baik' itu datang daripada Allah...jadi teruskanlah berubah ke arah kebaikan..jangan kita jadi orang yang rugi.semoga terus istiqamah...^^

    ReplyDelete