Sahabat Perjuangan

Thursday, February 28, 2013

Kaum Hawa dan Perintah Allah


  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

Syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menghirupkan udara segar pada hari ini, Allah telah beri kita peluang untuk melihat keindahan ciptaan-Nya, alhamdulillah. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

        Apa khabar semua? Sihat noh? Alhamdulillah, semoga sahabat sentiasa dalam redha dan keberkatan Allah s.w.t, Amin, insyaa-Allah.

        Mai sini ceq nak habaq kat hampa semua ni, hehe, post saya kali adalah lebih menjurus kepada kaum Hawa, wanita, perempuan, muslimat, isteri, ibu, nenek, srikandi dan macam2 lagi lah. Banyak betul kan gelaran depa, tapi yang paling saya suka, wanita solehah perhiasan duniawi. Cewaah, sedap dak? Tobat baq ang, hehe.

Betapa hebatnya kaum Hawa, diangkat sebagai kaum yang lemah lembut dan macam2 lagi lah, saya nak sebut pun memang tak terdaya. huhu.

         Baiklah, straight to the point, post saya kali ni nak bincang sikit tentang isu yang paling hangat sekarang ni, dan boleh jadi isu paling sensitif dalam kalangan wanita. Apakah isu itu? Apa yang hangat? Jom terjah. hehe.

AURAT.

         Apa yang kita faham kat sini? Dari satu perkataan ni, macam2 boleh timbul dalam fikiran kita bukan. Pakai tudung, baju labuh, nampak itu, nampak ini dan seumpamanya.

Kalau sahabat srikandi semua ketahui sendiri, aurat seorang wanita mengikut Mazhab Syafi'e, adalah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan kedua tapak tangan, mengikut qaul kedua dalam Mazhab Syafi'e. Rasanya perkara ni basic, semua orang pun dah tahu kan, sejak tadika mungkin.

          Mungkin ada sesetengah akan pertikaikan tentang post saya ni, itulah, inilah, dah muak lah, dah bosan lah dengar pasal semua ni. Tak kisahlah apa sahaja yang mungkin terlintas di fikiran sahabat semua, tapi apa yang penting, hukum wajib tetap wajib kita laksanakan, kalau tak laksanakan, tahu sendiri kan apa balasannya? Wallahhua'lam, saya cuma niat untuk menyampaikan sahaja.

          Baiklah, marilah kita hayati dua potongan ayat Al-Quran ini :


...... وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَي جُيُوْبِهِنَّ

Maksudnya : "Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) menutupkan dengan tudung mereka atas dada-dada mereka.."
(Surah An-Nur, ayat 31)


 ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن 
 يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Maksudnya : "Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Ahzab, ayat 59)


Aurat, dalam usaha pembentukan diri.

         Faham? Saya harap sahabat semua faham apa yang diketengahkan oleh ayat Allah itu.

Sejak dari zaman Nabi lagi, kita umat Islam disuruh untuk menutup aurat. Disuruh untuk memakai tudung, dan melabuhkan tudung itu di bawah dada.

         Ok, cuba kalau kita lihat zaman sekarang, ramai je di luar sana yang masih tidak menutup aurat? Kenapa? Tepuk dada tanya iman.

         Mungkin ada yang akan kata, 

"Belum masanya lagi, sampai seru aku pakailah..

"Nak pakai tudung ni kenalah ikhlas, kalau tak ikhlas baik tak payah pakai..."

"Eh, aku peduli apa, kau sibuk pehal?!"

"Aku solat pun dah kira cukuplah, tak pakai tudung tu takpelah kan, kau ingat semua perempuan bertudung ni baik ke? Ada je yang jahat lah.."


          Ok, mungkin sekali sahabat semua pun seringkali dengar tentang ayat2 ni bukan setiap kali kita cuba untuk menyeru atau berdakwah kepada kawan2 yang masih tidak menutup aurat. Bagi saya lah, simple je jawapan saya boleh bagi mereka2 ni ;

 "Belum sampai seru? Dah lama dah pun Allah turunkan perintah untuk menutup aurat, takkan awak nak sangkal lagi perintah Allah ini? Nazuzubillah. Ke nak tunggu hidayah Allah sampai? Hidayah milik Allah, kita kena usaha cari dan gapai hidayah Allah bukan tahu cakap nak tunggu hidayah Allah. Duit yang awak dapat ni pun bukan milik awak kan, awak kena kerja dulu baru boleh dapat kan? Takde benda yang boleh kita dapat kalau kita tak usaha.."

"Mula2 memang lah awak kata tak ikhlas, tapi insyaa-Allah lama2 keikhlasan akan datang sendiri kalau kita amalkan selalu. Ubat pun mula2 kita makan rasa pahit dan tak boleh diterima tekak kita, tapi lama2 kita makan nanti ubat itu akan hilang kepahitannya, malah bagi kemanisan untuk tubuh badan kita (iaitu kesihatan), tak gitu?

"Maaflah, saya sibuk sebab saya tak mahu awak dimurkai Allah s.w.t, dan tak mahu awak jatuh ke dalam neraka Allah. Nak kata apa hak saya untuk tentukan siapa masuk syurga atau neraka? Buka Al-Quran, carilah dalam mana2 surah pun, Allah nyatakan siapa yang ingkar perintah-Nya, neraka lah balasannya. Dan awak kena faham, saya cakap begini sebab saya sayang awak, awak kawan saya, saya tak mahu kawan2 saya dimurkai Allah s.w.t. Nauzubillah. Selagi boleh, saya nak kita sama2 menuju syurga Allah s.w.t."

"awak, solat tu memang wajib kan, so samalah macam meutup aurat. haa, memang betul, tiada manusia pun tak pernah lari dari kesilapan, dan tiada siapa yang baik di dunia ini. sekurangnya perempuan yang pakai tudung tu insyaa-Allah boleh terlepas dari azab seksaan tidak menutup aurat, dan awak? cuba fikir ok, dah besar kan, dah boleh kahwin dah pun."  


Begitulah serba sikit jawapan yang boleh saya berikan jikalau soalan itu terlempar lagi kepada kita. Mungkin jawapan saya tidaklah terlalu hebat, tapi insyaa-Allah akan terkesan juga kepada mereka, walaupun sedikit.

         Dan satu lagi, tolonglah tutup aurat ye, jikalau sahabat semua sayang ibu dan ayah kalian. Ok, mungkin orang akan kata ;

"Aku dah baligh, dosa semua aku yang tanggung, biarlah aku, kau tak payah nak sibuk sangat lah"

          Baiklah, ini kot mungkin jawapannya :

"Memanglah dosa awak tanggung sendiri, tapi tak pernah dengar ke, kalau orang perempuan, if masih dalam jagaan ibu bapanya, dosanya ditanggung oleh ibu bapa mereka. Tak kisahlah dosa apa sekalipun, dosa tak solat, tak tutup aurat, atau yang sama dengannya...nauzbillah, subhanAllah, sayangilah ibu bapa awak ye. Dan awak kata awak boleh tanggung dosa awak sendiri? Ok, tak perlulah nak cakap besar ye. Bukan apa, cuba awak renung balik sebelum ni, bila ayah awak pukul sikit pun dah menangis, tak kisahlah kena tampar ke atau kena rotan, inika hukuman daripada Allah s.w.t, subhaAllah, belum tentu 1000 kali ganda tu adalah nilai kesakitannya, mungkin sekali lebih, wallahhua'lam. Jadi, adakah awak dah cukup kuat?"


          Jadi, kalau kita sayang ibu ayah kita, berhijrahlah kepada yang lebih baik, insyaa-Allah, Allah akan bantu kita sentiasa sepanjang usaha kita menuju redha-Nya. Ingatlah jasa mereka, gaji sebesar Bill Gates pun belum tentu dapat balas kasih sayang ibu bapa kita. Cukuplah sahabat semua menjadi anak yang solehah, mereka akan lebih rasa tenang, dan rasa dihargai oleh anaknya.

         Jadi sekali lagi, saya menyeru, kepada semua sahabat saya, yang masih lagi belum menutup aurat, lakukanlah kewajipan serta perintah Allah ini, kerana saya sayang kalian semua. Bukan saja saya, tapi semua orang di sekeliling anda yang menyayangi anda, dan mahukan yang terbaik untuk anda.

Jika kalian mahu berubah dan berhijrah, alhamdulillah, insyaa-Allah, saya doakan Allah akan sentiasa bersama sahabat untuk menuju istiqomah kepada Allah s.w.t, Amin Ya Rabb.

         Pada peringkat permulaan, cukuplah sekadar memakai tudung biasa2, tapi tidak terlalu jarang. Tudung bawal kot namanya, tak silap, sori, tak tahu sangat pasal tudung, saya tahu pasal dua je, kopiah dan songkok, hehe.

Peringkat permulaan ni, tak perlu terlalu drastik. Bayi pun tak terus jalan kan, tapi dia merangkak dulu baru boleh jalan.

         Setelah biasa, beralihlah kepada tudung yang lebih labuh.

         Tapi jikalau ingin terus pakai tudung labuh tu lagi bagus, subhanAllah, lebih elok gitu kan. Insyaa-Allah Allah akan jaga anda.

         Alangkah indahya apabila Malaysia semua wanita pakai menutup aurat, betapa gerunnya musuh2 Islam melihat kita. Dan di samping itu boleh kita berdakwah kepada orang bukan Islam. Insyaa-Allah.

         Dan apabila anda menutup aurat, ramai lelaki akan menjadikan anda isteri, dan bukan pasangan couple ok? Yang halal je.

Rasanya cukup kot, tulis panjang2 pun takut tak terbaca pulak, biasalah, saya sendiri pun kadang2 pergi blog orang panjang sangat pun tak terbaca jugak. huhu.

         Jadi, istiqomah lah kerana Allah. Niat berubah kerana Allah. Insyaa-Allah, Allah akan sentiasa melindungi kalian, Amin.

         Petikan kata2 last saya : 

"Dunia adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah"
(HR. Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)


Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari Allah juga. tetapi disandarkan kepada saya, hamba-Nya.

           Saya hanya mampu menyampaikan, anda yang menentukan.

          Ingatlah, Allah sentiasa menyayangi hamba-Nya.

Salam sayang dari sahabat. Ukhwah fillah abadan abada.^_^


Kan lebih cantik dan comel apabila menutup aurat :)

 السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته



يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا - See more at: http://www.alim.org/library/quran/ayah/compare/33/59/commandment-of-hijab-(dress-code)-for-women#sthash.ttnnoW6h.dpu

3 comments:

  1. Wanita yg menjaga auratnya adalah wanita yg melakukan solat yg dpt menghindari drpd perbuatan mungkar..klau solatnya sempurna dan kusyuk maka sempurnalah auratnya..wanita nk ke syurga mmng mudah caranya..ada 4 perkara..berpuasa,solat 5 waktu,jaga maruah dan taat kpd suami..senang tp payah nk bt kn..lillahitaala

    ReplyDelete