Sahabat Perjuangan

Tuesday, June 25, 2013

Perkongsian - Ujian Allah kepada hamba-Nya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

    Assalamu'alaikum semua sekali. Lama betul saya dah tak update blog ni, dah berhabuk dah pun. Hehe. Saya harap sahabat semua dalam keadaan yang sentiasa sihat dan mendapat rahmat dan redha Allah s.w.t, Amin.

    Post kali ni saya nak kongsi sikit apa yang saya rasa belakangan ni, nak kongsi sikit pengalaman. Harap kalian sudi membacanya. Saya ni bukanlah mengaji kitab, ataupun arif dalam ilmu agama sekalipun. Cuma disini saya nak kongsi sikit dengan sahabat semua tentang apa yang boleh saya hurai sikit tentang apa yang dikatakan "Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya."

    Sejak belakangan ni, Allah telah datangkan pada saya ujian, mungkin bagi melihat sejauh mana saya dapat menghadapi-Nya dengan sabar. Wallahhu'alam.

___________________________________________________

1. Kisah Laptop

     Pada cuti pertengahan semester lepas, kira-kira pada bulan Febuari 2013 yang lepas, saya pulang ke rumah macam biasa, tapi kali ni bersama kawan-kawan saya. Mereka nak jalan-jalan kat KL, jadi bawaklah mereka sekali, tak sampai hati nak hampakan, eventhought berat hati sebab yelah, rumah kecik kan, tak tahu nak bagi tidur kat mana, itupun alhamdulillah mereka tak kisah untuk tidur surau, sebab surau dekat dengan rumah kan.

     Ok, back to topic. Hehe. Kitorang naik bas tengah malam. Sampai ke Teminal Bersepadu Selatan (TBS) dalam pukul 4 lebih macam tu. Ingatkan nak duduk surau TBS dulu sementara tunggu LRT bukak kan. Awal pagi tu. 

     Dalam kira-kira dah nak subuh, surau pun dibuka. Kitorang apa lagi terus pergi ke surau. Pagi tu ramai sangat orang masuk surau, sampaikan nak letak beg kat bahagian depan pun tak cukup ruang. Jadi, saya pun decide lah letak semua bag kat belakang, termasuk bag laptop.

     Subuh dah masuk, semua orang dalam surau tu pandang-pandang sesama sendiri. Saya dah agak, kalau saling pandang-pandang je, memang takkan ada orang azan lah kan. Pandai tak orang kita ni bermain mata. Haha. Saya apa lagi, volunteer lah untuk azan.

     Masa time saya azan subuh tu, terasa macam lain je, macam tak sedap hati je. Tapi saya endahkan perasaan tu, yelah cuma mungkin permainan perasaan. Saya pun cuba tegarkan diri tanpa layan perasaan tu. Lepas tu solat macam biasa.

     Semasa zikir, datang lagi perasaan tak sedap hati tu. Tapi macam biasa, tak layan jugak.

     Lepas zikir, bila saya capai je bag laptop, rasa lain macam. Rasa kempis. Ringan. Apa lagi saya mula raba-raba bag tu dengan keadaan kelam kabut. Allahhuakbar. Hilang laptop dah kena curi. Habislah laptop hilang. Yang peliknya si polan tu just curi laptop je. Bag dengan adapternya tak curi pulak.

     Tak tahulah apa motif pencuri. Tegar betul. Kalau saya lah kan, confirm saya ambik sekali bag kan. Obvious kot kalau kita pegang laptop bulat-bulat depan orang ramai. Mestilah orang anggap kita curi kan. Kalau dengan sekali bag, takdelah orang syak sangat. Just saying, ikut logik akal, saya tak pernah buat ok. Haha. 

     Yelah, mungkin berkat dalam beg tu jugak kot, ada buku agama. Sebab tu bag tak hilang, cuma laptop je. Ada kesedaran agama jugak ye si polan tu. Alhamdulillah. Walaupun hakikat dia mencuri tu dosa. Typical. Haha.

     Tapi kan, lepas saya hilang laptop, takdelah pulak saya pulak macam nak marah-marah, ataupun berlari keluar dan cuba kejar untuk cari si polan tu. Sebabbya biasa saya akan begitu kalau ada barang hilang lagi-lagi kalau barang tu barang berharga dan mahal. Yelah, mungkin lepas solat kan, kita tak fikir apa dah, tenang je.

     Saya cuba bersangka baik, mungkin ini satu ujian Allah pada saya akan. Alhamdulillah saya mampu hadapinya, walaupun hakikatnya sedih jugak sikit. Saya cuba bersangka baik dengan Allah. Husnuszon.

     Alhamdulillah, dapat laptop baru lepas tu, yang lebih upgrade sikit daripada yang lama. Bukan nak riak. Cuma cuba bersangka baik pada Allah, insyaa-Allah, Allah akan datangkan juga kita dengan sesuatu yang lebih baik. Setiap yang berlaku ada hikmah bukan?



2. Kisah Phone

      Baru-baru ni pulak, kat universiti saya, hilang lagi barang. Kali ni Phone pulak. Sampai mak abah pun panggil saya ni jenis lalai. Yelah kot. Huhu. Nak buat macam mana dah jadi. Hilang pun sebab zip beg terbukak. Kali ni pun lepas solat jugak. Lepas solat saya perasan phone takde.

      Usaha jugak untuk cari balik, lalu jalan yang sama saya jalan sebelum balik kolej, tapi tak jumpa, cuba call phone tu, tak dapat sebab dah ditutup. Mungkin dah ada orang ambik dan tutup terus phone. Orang kalau dah jumpa phone, apa lagi ambik lah kan. Biarlah, rezeki orang tu mungkin, bukan rezeki saya.

      Lepas dah lama sikit, saya tersenyum simpul, sebab teringatkan hari semalam. Sebab semalam kawan saya ada mesej saya. Dia mengadu kad matrik dia hilang. Dia stress sebab kad dia hilang. Saya pun nasihatlah pada dia, lebih kurang macam ni lah :

     "Jangan fikir sangat. Jangan stress sangat kalau barang barang kita hilang, jangan fikir tentang dunia ni sangat. Usaha dan doa banyak-banyak minta pertolongan Allah, insyaa-Allah, Dia akan permudahkan. Kalau tak dapat jugak, ikhtiar. Jangan sedih atau stress, nanti lain jadinya."

     Dan esoknya tengok saya punya barang pulak hilang. Allahhu, tak sangka. Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu pada saya. Sejauh mana saya menasihati orang, dan sejauh mana saya terapkan apa yang saya nasihat tu pada diri saya. Wallahhu'alam. 

    Tak sangka, agak terkedu jugak. Allah Maha Besar.

    Mungkin lepas ni saya akan dapat phone baru kan, manalah tahu. Hehe. wallahhhu'alam.


________________________________________________________



       Jadi, bolehlah saya simpulkan apa yang saya nak sampaikan kat sini, berdasarkan pengalaman saya, "Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya.". Allah takkan bebani kita dengan ujian yang berat, yang tak mampu kita hadapi. Allah adalah sebaik-baik penolong.

        Husnuszon. Sentiasalah bersangka baik pada Allah, insyaa-Allah, ada hikmah dalam sesuatu ujian yang Allah beri pada kita. Allah, Allah, Allah.

        Baiklah, itulah saja coretan saya pada kali, harap perkongsian saya kali ini dapat beri sedikit suntikan pada yang membaca. Jikalau sahabat lagi tinggi ujiannya berbanding saya dan mampu untuk bersabar dalam menghadapinya, saya respect kalian. Salute. Sungguh kalian adalah orang mendapat rahmat dan berkat Allah s.w.t.. AMIN. 

         Moga kita berjumpa lagi, adios. Illalliqa'. Salam ukhwah sahabat semua. ^_^


السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته