Sahabat Perjuangan

Thursday, July 4, 2013

Allahhuakbar! Sungguh besar pertolongan Allah pada kita!

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

Assalamu'alaikum para sahabat.

Sekadar perkongsian buat semua sahabat.

Kejadian tentang kebesaran Allah.
Allahhuakbar, Allah Maha Besar. Sungguh Allah adalah sebaik-baik penolong.
Kejadian yang telah buatkan saya tergamam seketika, akan ketetapan dan bantuan-Nya terhadap hamba-Nya.

Pada 4/7/2013, saya bersama 4 lagi orang sahabat kolej saya pulang ke KL dengan menaiki kereta. 1st time experience naik kereta balik, sebelum ni naik bas je. Lagi2 jadi driver, excited gitu. Huhu. 1st time naik highway pergi jauh, alhamdulillah, 150km dapat lepas. Walaupun ngantok ada hakikat, tapi amat best.

Lepas 150km gitu, kami cadang makan kat RNR Ayer Keroh. Recharge energy.

Lepas makan, kami pun pergi isi minyak kat stesen dekat sebelah RNR tu. Tapi dah tukar driver pun, saya penat. Haha. Masa tengah isi minyak, dengan spontannya saya keluar dan letak porch bag saya atas kereta. Tiba2 rasa tak selesa kan letak porch bag kat sisi. Habis je isi, dengan selamba saya masuk kereta. Allahhu, memang sifat pelupa saya ni dah terok sangat, sampaikan porch bag tak perasan nak bawak masuk sekali. Dalamporch bag tu lah segala barang2 saya letak, phone, perfume, dompet, kunci motor dan pendrive.

Agak2 dah 1km, tiba2 rasa lain macam je pinggang kosong. Raba2 lepas tu perasan yang porch bag takde. Allah. Terus berhenti kereta kitorang. Bila saya keluar nak tengok balik beg tu, Allahhu, dah takde. Terus saya jadi kelam kabut. Kitorang decide untuk patah balik. Highway, jauh jugak nak patah balik, kna cari susur keluar dulu baru boleh patah balik.

Takde apa yang difikir dalam kepala ni. Hanya mampu doa, agar Allah temukan semula porch beg tu.

Bila dah pusing dan sampai stesen kat RNR tu, terus saya berlari dan cari beg tu. Takde. Bila tanya kat pekerja situ, dia pun tak nampak. Lagi2 pekerja tu orang Thailand, tak tahu bahasa melayu, memang lagi pening lah kan. Bila dah confirm takde, terus saya berjalan keluar highway, dengan beranggapan mungkin beg tu jatuh dekat2 jalan keluar ke highway. Tapi sayang, takde. Mungkin beg tu dah jatuh jauh, ataupun orang dah ambik. Dan bila kitorang jalan semula tempat yang sama, memang ternyata takde.

Allahhu, memang takde rezeki nak jumpa semula. Mulanya rasa down sangat, air mata pun hampir nak mengalir. Bayangkanlah sehelai sepinggang kan. Sebelum ni phone hilang, dan sekarang porch beg yang ada barang penting pulak hilang.

Allahhu, ujian Allah ini terlalu besar dan berat bagi saya yang lemah ni untuk hadapi.

Hiba rasa. Terus hampa dan sedih. Hanya tinggal phone dan ipod saja yang dapat diselamatkan yang berada kat tangan. Nak buat macam mana, redha sajalah yang mampu. Dan berharap agar Allah kuatkan diri untuk hadapi ujian ni. Tanpa cakap panjang, saya pun terus tidur. Tak mampu dah fikir banyak, lemah dah diri. Mungkin tidur dapat tenangkan hati yang tengah sedih.

Tiba2 saya dikejutkan dengan dengan suara bising sahabat2. Saya pun pelik kenapa mereka bising. Dan lepas tu saya nampak ada kereta Toyota Rush kat depan bagi signal dan slowkan kereta kat depan kitorang. Bila saya tanya, diorang kata kereta bagi signal untuk suruh kitorang berhenti. Pada mulanya tak tahulah apa tujuan. Ingat nak rompak ke apa.

Lepas dah berhenti tiba2 keluar dua orang pakcik dan seorang makcik dari kereta. Pakcik2 tu terus datang kereta dan suruh bukak tingkap. Lepas tu, tiba2 pakcik sorang ni tanya, "Adik, ada hilang barang tak?". Kami dengan cepat jawab "Ya". Lepas tu pakcik tu pandang saya yang ada kat belakang. Lepas tu dia kata "Eh, inilah orangnya, cuba tengok". Saya dengan mamai tak tahu apa2. tengah blur, pakcik tu suruh saya keluar dari kereta.

Pakcik tu terus pergi belakang bonet kereta, lepas tu dia keluarkan barang. Mula2 saya tak percaya je, mungkin barang lain. Tengok2, bila dah dekat dengan pakcik tu, ALLAHHUAKBAR! SUBHANALLAH! Porch beg saya! Saya tanpa berkata banyak terus capai beg saya dan terus sujud syukur. ALHAMDULILLAH. Beg saya dah dijumpai. Beg saya telah datang pada saya.

Saya rasa TERGAMAM, TERPAKU dan TERKESAN. Beg saya yang hilang kat tengah2 highway telah datang pada saya semula.

SYUKUR YA ALLAH! Itu saja yang mampu saya ungkapkan dalam hati saya. Betapa TERKEJUTNYA jiwa saya, ALLAH TELAH BANTU SAYA! ALLAHHU. Hanya air mata kesyukuran saja yang mampu saya ungkapkan.

Apabila kami borak dengan pakcik tu, macam mana boleh pakcik tu cam kereta dan tahu kami yang hilang beg tu, pakcik tu jawab, "Pakcik nampak beg kereta ni banyak". Allahhu, saya pun rasa tergamam sangat.

Bayangkan sajalah, pakcik tu kata dia dapat cam kereta kami, dan pakcik tu berhenti 2 kali kat RNR untuk cari kereta kami. Dan yang amat mengejutkan, dah hampir 60 ke 70km dari RNR Ayer Keroh tempat hilang tu, pakcik tu boleh jumpa kami. Dan pakcik tu sanggup pergi ke tengah highway, untuk selamatkan beg saya

SUNGGUH, ALLAH TELAH BANTU HAMBA-NYA. PERANCANGAN DAN ATURAN ALLAH UNTUK BANTU HAMBA-NYA, ALLAHHU, AMAT TERKESAN SEKALI.

Saya hanya mampu berterima kasih dan bersyukur pada Allah.

Sungguh tak sangka, ada juga insan seperti pakcik2 dan makcik tu, yang sanggup cari tuan punya beg tersebut, walaupun dalam jarak yang jauh. Allahhu. Mulia sungguh hati budi mereka.

Saya pun tak banyak duit dapat saya hulurkan kepada mereka sebagai tanda terima kasih. Saya hanya mampu doakan, agar pakcik2 dan makcik itu Allah luaskan pintu rezeki mereka, dan Allah balas mereka dengan kebaikan yang lebih. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Saya bukan nak kata besar atau riak ataupun takbur, tapi percayalah, jikalau kalian yang berada di tempat saya, kalian akan dapat merasainya, betapa air mata akan mengalir hanya kepada Allah.

Bila check balik beg semula, phone dan kunci bilik hilang, kunci motor ada, dompet ada, dan jugak pelekat kereta cop mohor "KHATAMUN NUBUWWAH" masih selamat, tasbih elektronik masih elok dan tak hancur dan juga perfume semua dalam dah hancur dan yang selamat satu perfume saja, perfume yang telah dibacakan 30 JUZUK AL-QURAN. ALLAHHUAKBAR. ALLLAHHUAKBAR. ALLAHHUAKBAR.

ALLAH MAHA BESAR. ALLAH SEBAIK-BAIK PENOLONG. 



Tuesday, June 25, 2013

Perkongsian - Ujian Allah kepada hamba-Nya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

    Assalamu'alaikum semua sekali. Lama betul saya dah tak update blog ni, dah berhabuk dah pun. Hehe. Saya harap sahabat semua dalam keadaan yang sentiasa sihat dan mendapat rahmat dan redha Allah s.w.t, Amin.

    Post kali ni saya nak kongsi sikit apa yang saya rasa belakangan ni, nak kongsi sikit pengalaman. Harap kalian sudi membacanya. Saya ni bukanlah mengaji kitab, ataupun arif dalam ilmu agama sekalipun. Cuma disini saya nak kongsi sikit dengan sahabat semua tentang apa yang boleh saya hurai sikit tentang apa yang dikatakan "Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya."

    Sejak belakangan ni, Allah telah datangkan pada saya ujian, mungkin bagi melihat sejauh mana saya dapat menghadapi-Nya dengan sabar. Wallahhu'alam.

___________________________________________________

1. Kisah Laptop

     Pada cuti pertengahan semester lepas, kira-kira pada bulan Febuari 2013 yang lepas, saya pulang ke rumah macam biasa, tapi kali ni bersama kawan-kawan saya. Mereka nak jalan-jalan kat KL, jadi bawaklah mereka sekali, tak sampai hati nak hampakan, eventhought berat hati sebab yelah, rumah kecik kan, tak tahu nak bagi tidur kat mana, itupun alhamdulillah mereka tak kisah untuk tidur surau, sebab surau dekat dengan rumah kan.

     Ok, back to topic. Hehe. Kitorang naik bas tengah malam. Sampai ke Teminal Bersepadu Selatan (TBS) dalam pukul 4 lebih macam tu. Ingatkan nak duduk surau TBS dulu sementara tunggu LRT bukak kan. Awal pagi tu. 

     Dalam kira-kira dah nak subuh, surau pun dibuka. Kitorang apa lagi terus pergi ke surau. Pagi tu ramai sangat orang masuk surau, sampaikan nak letak beg kat bahagian depan pun tak cukup ruang. Jadi, saya pun decide lah letak semua bag kat belakang, termasuk bag laptop.

     Subuh dah masuk, semua orang dalam surau tu pandang-pandang sesama sendiri. Saya dah agak, kalau saling pandang-pandang je, memang takkan ada orang azan lah kan. Pandai tak orang kita ni bermain mata. Haha. Saya apa lagi, volunteer lah untuk azan.

     Masa time saya azan subuh tu, terasa macam lain je, macam tak sedap hati je. Tapi saya endahkan perasaan tu, yelah cuma mungkin permainan perasaan. Saya pun cuba tegarkan diri tanpa layan perasaan tu. Lepas tu solat macam biasa.

     Semasa zikir, datang lagi perasaan tak sedap hati tu. Tapi macam biasa, tak layan jugak.

     Lepas zikir, bila saya capai je bag laptop, rasa lain macam. Rasa kempis. Ringan. Apa lagi saya mula raba-raba bag tu dengan keadaan kelam kabut. Allahhuakbar. Hilang laptop dah kena curi. Habislah laptop hilang. Yang peliknya si polan tu just curi laptop je. Bag dengan adapternya tak curi pulak.

     Tak tahulah apa motif pencuri. Tegar betul. Kalau saya lah kan, confirm saya ambik sekali bag kan. Obvious kot kalau kita pegang laptop bulat-bulat depan orang ramai. Mestilah orang anggap kita curi kan. Kalau dengan sekali bag, takdelah orang syak sangat. Just saying, ikut logik akal, saya tak pernah buat ok. Haha. 

     Yelah, mungkin berkat dalam beg tu jugak kot, ada buku agama. Sebab tu bag tak hilang, cuma laptop je. Ada kesedaran agama jugak ye si polan tu. Alhamdulillah. Walaupun hakikat dia mencuri tu dosa. Typical. Haha.

     Tapi kan, lepas saya hilang laptop, takdelah pulak saya pulak macam nak marah-marah, ataupun berlari keluar dan cuba kejar untuk cari si polan tu. Sebabbya biasa saya akan begitu kalau ada barang hilang lagi-lagi kalau barang tu barang berharga dan mahal. Yelah, mungkin lepas solat kan, kita tak fikir apa dah, tenang je.

     Saya cuba bersangka baik, mungkin ini satu ujian Allah pada saya akan. Alhamdulillah saya mampu hadapinya, walaupun hakikatnya sedih jugak sikit. Saya cuba bersangka baik dengan Allah. Husnuszon.

     Alhamdulillah, dapat laptop baru lepas tu, yang lebih upgrade sikit daripada yang lama. Bukan nak riak. Cuma cuba bersangka baik pada Allah, insyaa-Allah, Allah akan datangkan juga kita dengan sesuatu yang lebih baik. Setiap yang berlaku ada hikmah bukan?



2. Kisah Phone

      Baru-baru ni pulak, kat universiti saya, hilang lagi barang. Kali ni Phone pulak. Sampai mak abah pun panggil saya ni jenis lalai. Yelah kot. Huhu. Nak buat macam mana dah jadi. Hilang pun sebab zip beg terbukak. Kali ni pun lepas solat jugak. Lepas solat saya perasan phone takde.

      Usaha jugak untuk cari balik, lalu jalan yang sama saya jalan sebelum balik kolej, tapi tak jumpa, cuba call phone tu, tak dapat sebab dah ditutup. Mungkin dah ada orang ambik dan tutup terus phone. Orang kalau dah jumpa phone, apa lagi ambik lah kan. Biarlah, rezeki orang tu mungkin, bukan rezeki saya.

      Lepas dah lama sikit, saya tersenyum simpul, sebab teringatkan hari semalam. Sebab semalam kawan saya ada mesej saya. Dia mengadu kad matrik dia hilang. Dia stress sebab kad dia hilang. Saya pun nasihatlah pada dia, lebih kurang macam ni lah :

     "Jangan fikir sangat. Jangan stress sangat kalau barang barang kita hilang, jangan fikir tentang dunia ni sangat. Usaha dan doa banyak-banyak minta pertolongan Allah, insyaa-Allah, Dia akan permudahkan. Kalau tak dapat jugak, ikhtiar. Jangan sedih atau stress, nanti lain jadinya."

     Dan esoknya tengok saya punya barang pulak hilang. Allahhu, tak sangka. Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu pada saya. Sejauh mana saya menasihati orang, dan sejauh mana saya terapkan apa yang saya nasihat tu pada diri saya. Wallahhu'alam. 

    Tak sangka, agak terkedu jugak. Allah Maha Besar.

    Mungkin lepas ni saya akan dapat phone baru kan, manalah tahu. Hehe. wallahhhu'alam.


________________________________________________________



       Jadi, bolehlah saya simpulkan apa yang saya nak sampaikan kat sini, berdasarkan pengalaman saya, "Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya.". Allah takkan bebani kita dengan ujian yang berat, yang tak mampu kita hadapi. Allah adalah sebaik-baik penolong.

        Husnuszon. Sentiasalah bersangka baik pada Allah, insyaa-Allah, ada hikmah dalam sesuatu ujian yang Allah beri pada kita. Allah, Allah, Allah.

        Baiklah, itulah saja coretan saya pada kali, harap perkongsian saya kali ini dapat beri sedikit suntikan pada yang membaca. Jikalau sahabat lagi tinggi ujiannya berbanding saya dan mampu untuk bersabar dalam menghadapinya, saya respect kalian. Salute. Sungguh kalian adalah orang mendapat rahmat dan berkat Allah s.w.t.. AMIN. 

         Moga kita berjumpa lagi, adios. Illalliqa'. Salam ukhwah sahabat semua. ^_^


السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته

Friday, March 22, 2013

Berubahlah Kerana Allah, Allah Maha Pengampun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk membuat sedikit coretan untuk tatapan sahabat2 sekalian. Maaflah saya dah lama tak post, dan tak selalu sangat post, sibuk sikit study, assignment, test, program, fuh, keliling pinggang. Haha.

     Post saya kali ni, saya mahu menekankan tentang "PERUBAHAN". Atau kita boleh sinonimkan dengan berhijrah, daripada tak baik, kepada menjadi baik. Dan yang baik, menjadi lebih baik lagi. Insyaa-Allah.

     Jadi, sebelum saya teruskan kepada isi2 penting, (macam karangan 120 patah perkataan lah pulak, hehe) eloklah saya tanya sahabat2 semua. Pernah tak terfikir dalam hati kita, untuk berubah? Walaupun sedikit perasaan itu timbul, tapi pernah tak?

Saya agak semua orang pernah bukan, cuma kadangkala kita tangguh2kan, atas2 faktor tertentu.

      Apa faktor2 tu? Kawan? Mentaliti?

Mari kita ompel sikit2 faktor2 ni (ceh, ayat dewan bahasa dan pustaka). Hehe.

_________________________________________________________________

1. KAWAN 

     Faktor paling senang untuk kita terpengaruh. Dalam proses perubahan kita, mungkin sekali kita biasa dengar dialog ni ;

"Nak berubah konon, blah lah,"

"Tak payah nak jadi baik sangat lah, sedar diri lah weh"

Ok, biasa tak dengar. Ok fine. Bagi saya, usah dipedulikan kawan seperti. Bukan bermaksud untuk tinggalkan terus kawan macam tu, tapi just pedulikan buat sementara kawan seperti tu, dalam proses perubahan kita.
     Cuba kita lihat pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Bilal Bin Rabah berhijrah, hinggkan diseksa dan dihempap batu di tengah padang pasir yang panas. Ada ke beliau kata, "Saya tak jadi berubah!". Tak kan. Malah beliau menyebut kalimah "Ahad", tanda beliau berubah kerana Allah. Tanpa hiraukan akan seksaan yang beliau terima, beliau tetap tekad dengan pendirian beliau.

     Banyak lagi kisah para sahabat, tapi cukuplah satu saya ceritakan.

Jadi, konklusinya, walaupun apa sekali perkataan, cacian, perli atau tomahan yang kita terima, tetapkanlah pendirian kita untuk berubah, ok.

     Kita berubah kerana Allah, dan lupakan yang lain.

Manalah tahu kan, bila kita dah berubah, then kita tunjukkan akhlak dan tauladan yang terbaik kepada kawan kita, kawan kita mula akan terbuka pintu hati, dan turut sama berubah. Kan tak kita dapat pahala, kan, kan. Wallahhua'lam.


2. MENTALITI

"Alaaa, lek lu, muda lagi nak berubah, lama lagi nak tua."

"Enjoy dulu bai, agak2 dah besar nanti berubah lah." 

     Ok, simple saya boleh bagi, insan begini tahap mentaliti dan pemikiran sangat cetek. Serius. Bukan saya menghukum, cuma kadang2 rasa diorang ni jenis cakap besar kan?

      Ok, kita kena ingat, bukan dah tua je kematian boleh datang kan. Manalah tahu, tengah2 kita duduk2 saja, tiba2 kita meninggal. Nauzubillah. Malaikat Izrail datang berkunjung kita pun sebanyak 70 kali dalam sehari kan, jadi, kenalah kita ingat. Wallahhua'lam.

Tak kisahlah siapa pun kita sekarang, pelajar ke, dah kerja ke, umur 12 tahun ke, kira semua lah, hendaklah kita ingat, agar sentiasa kita ingat, jangan dah terlambat masanya baru kita nak berubah, baru kita nak sedar erti penyesalan.

     Mungkin jugak ada yang mentaliti begini ; 

"Aku dah banyak buat dosa, Allah maafkan aku ke?"

"Aku tak tahu sama ada Allah terima taubat aku ke tak lah, hurm. " 

      Ok, ayat ni tak sepatutnya keluar dari mulut kita.
      
      Husnuszon. Bersangka baiklah.

Dalam ayat Al-Quran pun ada menyebut.

  يَا بَنِيَّ اذْهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"
Surah Yusuf, ayat 87

      Cuba kita lihat ayat yang saya BOLD kan tu. "janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

       Allah sendiri menuruh kita agar tidak putus asa, untuk mendapatkan rahmat-Nya. Sesungguh-Nya Allah Maha Pengampun. Al-Ghaffur.

       Walaupun dahulunya kita jahil, sejahilnya Abu Lahab, tapi Allah tetap mengampunkan dosa kita, asalkan kita tekad, dan bersungguh-sungguh mencari rahmat-Nya, dan kembali kepada jalan-Nya. Insyaa-Allah.

_________________________________________________________________ 

       Jadi, marilah sahabat2 semua, sama ada yang sedang membaca post ini, agar kita berubah, dan kembali ke jalan Allah, sebelum kita terlambat. Jika kita sudahpun berubah dan keluar dari kepompong kejahilan kita, alhamdulillah. Ayuhlah kita terus bergerak ke jalan Allah, untuk menjadi lebih baik daripada hari semalam.

       Dan suka untuk saya ingatkan, dunia ini hanya persinggahan. Perhentian sementara. Stesen. Sebelum kita pergi ke alam seterusnya, iaitu alam barzakh. Dan seterusnya alam akhirat, di mana di situ lah tempat yang kekal abadi buat kita. Yang dipilih Allah, syurga balasannya. SubhanAllah. Dan yang dimurkai Allah, neraka tempatnya. Nauzubillah. 

Sama2 kita menuju redha-Nya.

       Di dunia adalah tempat kita menuai. Menuai dengan ibadah dan amalan kita. Hasil tuaiannya akan dapat kita rasai di akhirat kelak, iaitu keindahan dan kenikmatan ganjaran Allah, iaitu Syurga Allah. Insyaa-Allah.

       Sedangkan di dunia ni, untuk kita dapatkan sesuatu yang kita nak tu, kita perlu bayarnya dengan duit. Jadi, jika kita mahukan syurga Allah, ia bukanlah percuma juga. Perlu dibayar dengan ibadah, amalan serta keredhaan Allah s.w.t. Wallahhualam.

Marilah kita sama2 menjadi hamba-Nya. Yang soleh. Yang solehah. Yang mendapat keredhaan-Nya.

Sekian saja coretan saya buat kali ini.

Saya mendoakan, agar para sahabat2 saya, sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t, dalam menggapai cinta kepada-Nya, AMIN, insyaa-Allah.

Salam ukhwah. Ukhwah Fillah 'Abadan Abada. ^_^


 السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته


Thursday, February 28, 2013

Kaum Hawa dan Perintah Allah


  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

Syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menghirupkan udara segar pada hari ini, Allah telah beri kita peluang untuk melihat keindahan ciptaan-Nya, alhamdulillah. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

        Apa khabar semua? Sihat noh? Alhamdulillah, semoga sahabat sentiasa dalam redha dan keberkatan Allah s.w.t, Amin, insyaa-Allah.

        Mai sini ceq nak habaq kat hampa semua ni, hehe, post saya kali adalah lebih menjurus kepada kaum Hawa, wanita, perempuan, muslimat, isteri, ibu, nenek, srikandi dan macam2 lagi lah. Banyak betul kan gelaran depa, tapi yang paling saya suka, wanita solehah perhiasan duniawi. Cewaah, sedap dak? Tobat baq ang, hehe.

Betapa hebatnya kaum Hawa, diangkat sebagai kaum yang lemah lembut dan macam2 lagi lah, saya nak sebut pun memang tak terdaya. huhu.

         Baiklah, straight to the point, post saya kali ni nak bincang sikit tentang isu yang paling hangat sekarang ni, dan boleh jadi isu paling sensitif dalam kalangan wanita. Apakah isu itu? Apa yang hangat? Jom terjah. hehe.

AURAT.

         Apa yang kita faham kat sini? Dari satu perkataan ni, macam2 boleh timbul dalam fikiran kita bukan. Pakai tudung, baju labuh, nampak itu, nampak ini dan seumpamanya.

Kalau sahabat srikandi semua ketahui sendiri, aurat seorang wanita mengikut Mazhab Syafi'e, adalah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan kedua tapak tangan, mengikut qaul kedua dalam Mazhab Syafi'e. Rasanya perkara ni basic, semua orang pun dah tahu kan, sejak tadika mungkin.

          Mungkin ada sesetengah akan pertikaikan tentang post saya ni, itulah, inilah, dah muak lah, dah bosan lah dengar pasal semua ni. Tak kisahlah apa sahaja yang mungkin terlintas di fikiran sahabat semua, tapi apa yang penting, hukum wajib tetap wajib kita laksanakan, kalau tak laksanakan, tahu sendiri kan apa balasannya? Wallahhua'lam, saya cuma niat untuk menyampaikan sahaja.

          Baiklah, marilah kita hayati dua potongan ayat Al-Quran ini :


...... وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَي جُيُوْبِهِنَّ

Maksudnya : "Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) menutupkan dengan tudung mereka atas dada-dada mereka.."
(Surah An-Nur, ayat 31)


 ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن 
 يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Maksudnya : "Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Ahzab, ayat 59)


Aurat, dalam usaha pembentukan diri.

         Faham? Saya harap sahabat semua faham apa yang diketengahkan oleh ayat Allah itu.

Sejak dari zaman Nabi lagi, kita umat Islam disuruh untuk menutup aurat. Disuruh untuk memakai tudung, dan melabuhkan tudung itu di bawah dada.

         Ok, cuba kalau kita lihat zaman sekarang, ramai je di luar sana yang masih tidak menutup aurat? Kenapa? Tepuk dada tanya iman.

         Mungkin ada yang akan kata, 

"Belum masanya lagi, sampai seru aku pakailah..

"Nak pakai tudung ni kenalah ikhlas, kalau tak ikhlas baik tak payah pakai..."

"Eh, aku peduli apa, kau sibuk pehal?!"

"Aku solat pun dah kira cukuplah, tak pakai tudung tu takpelah kan, kau ingat semua perempuan bertudung ni baik ke? Ada je yang jahat lah.."


          Ok, mungkin sekali sahabat semua pun seringkali dengar tentang ayat2 ni bukan setiap kali kita cuba untuk menyeru atau berdakwah kepada kawan2 yang masih tidak menutup aurat. Bagi saya lah, simple je jawapan saya boleh bagi mereka2 ni ;

 "Belum sampai seru? Dah lama dah pun Allah turunkan perintah untuk menutup aurat, takkan awak nak sangkal lagi perintah Allah ini? Nazuzubillah. Ke nak tunggu hidayah Allah sampai? Hidayah milik Allah, kita kena usaha cari dan gapai hidayah Allah bukan tahu cakap nak tunggu hidayah Allah. Duit yang awak dapat ni pun bukan milik awak kan, awak kena kerja dulu baru boleh dapat kan? Takde benda yang boleh kita dapat kalau kita tak usaha.."

"Mula2 memang lah awak kata tak ikhlas, tapi insyaa-Allah lama2 keikhlasan akan datang sendiri kalau kita amalkan selalu. Ubat pun mula2 kita makan rasa pahit dan tak boleh diterima tekak kita, tapi lama2 kita makan nanti ubat itu akan hilang kepahitannya, malah bagi kemanisan untuk tubuh badan kita (iaitu kesihatan), tak gitu?

"Maaflah, saya sibuk sebab saya tak mahu awak dimurkai Allah s.w.t, dan tak mahu awak jatuh ke dalam neraka Allah. Nak kata apa hak saya untuk tentukan siapa masuk syurga atau neraka? Buka Al-Quran, carilah dalam mana2 surah pun, Allah nyatakan siapa yang ingkar perintah-Nya, neraka lah balasannya. Dan awak kena faham, saya cakap begini sebab saya sayang awak, awak kawan saya, saya tak mahu kawan2 saya dimurkai Allah s.w.t. Nauzubillah. Selagi boleh, saya nak kita sama2 menuju syurga Allah s.w.t."

"awak, solat tu memang wajib kan, so samalah macam meutup aurat. haa, memang betul, tiada manusia pun tak pernah lari dari kesilapan, dan tiada siapa yang baik di dunia ini. sekurangnya perempuan yang pakai tudung tu insyaa-Allah boleh terlepas dari azab seksaan tidak menutup aurat, dan awak? cuba fikir ok, dah besar kan, dah boleh kahwin dah pun."  


Begitulah serba sikit jawapan yang boleh saya berikan jikalau soalan itu terlempar lagi kepada kita. Mungkin jawapan saya tidaklah terlalu hebat, tapi insyaa-Allah akan terkesan juga kepada mereka, walaupun sedikit.

         Dan satu lagi, tolonglah tutup aurat ye, jikalau sahabat semua sayang ibu dan ayah kalian. Ok, mungkin orang akan kata ;

"Aku dah baligh, dosa semua aku yang tanggung, biarlah aku, kau tak payah nak sibuk sangat lah"

          Baiklah, ini kot mungkin jawapannya :

"Memanglah dosa awak tanggung sendiri, tapi tak pernah dengar ke, kalau orang perempuan, if masih dalam jagaan ibu bapanya, dosanya ditanggung oleh ibu bapa mereka. Tak kisahlah dosa apa sekalipun, dosa tak solat, tak tutup aurat, atau yang sama dengannya...nauzbillah, subhanAllah, sayangilah ibu bapa awak ye. Dan awak kata awak boleh tanggung dosa awak sendiri? Ok, tak perlulah nak cakap besar ye. Bukan apa, cuba awak renung balik sebelum ni, bila ayah awak pukul sikit pun dah menangis, tak kisahlah kena tampar ke atau kena rotan, inika hukuman daripada Allah s.w.t, subhaAllah, belum tentu 1000 kali ganda tu adalah nilai kesakitannya, mungkin sekali lebih, wallahhua'lam. Jadi, adakah awak dah cukup kuat?"


          Jadi, kalau kita sayang ibu ayah kita, berhijrahlah kepada yang lebih baik, insyaa-Allah, Allah akan bantu kita sentiasa sepanjang usaha kita menuju redha-Nya. Ingatlah jasa mereka, gaji sebesar Bill Gates pun belum tentu dapat balas kasih sayang ibu bapa kita. Cukuplah sahabat semua menjadi anak yang solehah, mereka akan lebih rasa tenang, dan rasa dihargai oleh anaknya.

         Jadi sekali lagi, saya menyeru, kepada semua sahabat saya, yang masih lagi belum menutup aurat, lakukanlah kewajipan serta perintah Allah ini, kerana saya sayang kalian semua. Bukan saja saya, tapi semua orang di sekeliling anda yang menyayangi anda, dan mahukan yang terbaik untuk anda.

Jika kalian mahu berubah dan berhijrah, alhamdulillah, insyaa-Allah, saya doakan Allah akan sentiasa bersama sahabat untuk menuju istiqomah kepada Allah s.w.t, Amin Ya Rabb.

         Pada peringkat permulaan, cukuplah sekadar memakai tudung biasa2, tapi tidak terlalu jarang. Tudung bawal kot namanya, tak silap, sori, tak tahu sangat pasal tudung, saya tahu pasal dua je, kopiah dan songkok, hehe.

Peringkat permulaan ni, tak perlu terlalu drastik. Bayi pun tak terus jalan kan, tapi dia merangkak dulu baru boleh jalan.

         Setelah biasa, beralihlah kepada tudung yang lebih labuh.

         Tapi jikalau ingin terus pakai tudung labuh tu lagi bagus, subhanAllah, lebih elok gitu kan. Insyaa-Allah Allah akan jaga anda.

         Alangkah indahya apabila Malaysia semua wanita pakai menutup aurat, betapa gerunnya musuh2 Islam melihat kita. Dan di samping itu boleh kita berdakwah kepada orang bukan Islam. Insyaa-Allah.

         Dan apabila anda menutup aurat, ramai lelaki akan menjadikan anda isteri, dan bukan pasangan couple ok? Yang halal je.

Rasanya cukup kot, tulis panjang2 pun takut tak terbaca pulak, biasalah, saya sendiri pun kadang2 pergi blog orang panjang sangat pun tak terbaca jugak. huhu.

         Jadi, istiqomah lah kerana Allah. Niat berubah kerana Allah. Insyaa-Allah, Allah akan sentiasa melindungi kalian, Amin.

         Petikan kata2 last saya : 

"Dunia adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah"
(HR. Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)


Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari Allah juga. tetapi disandarkan kepada saya, hamba-Nya.

           Saya hanya mampu menyampaikan, anda yang menentukan.

          Ingatlah, Allah sentiasa menyayangi hamba-Nya.

Salam sayang dari sahabat. Ukhwah fillah abadan abada.^_^


Kan lebih cantik dan comel apabila menutup aurat :)

 السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته



يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا - See more at: http://www.alim.org/library/quran/ayah/compare/33/59/commandment-of-hijab-(dress-code)-for-women#sthash.ttnnoW6h.dpu

Saturday, February 23, 2013

Rindu kepada Rasulullah s.a.w, Hidupkan Sunnahnya


                                                                 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

        Alhamdulillah, syukur kerana masih mampu berdiri dan menghayati indahnya kehidupan yang Allah beri kepada kita, syukur kepada Allah s.w.t, atas nikmat kurniaan-Nya.

         Pada post kali ini, saya akan kongsi sedikit kepada sahabat sekalian, tentang junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bukan saya ingin menceritakan sirah baginda, tapi tentang apa yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan seharian segala sunnah baginda. Sebelum itu, marilah kita hayati dahulu ayat ini ;


                     

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

(Surah Al-Ahzab, ayat 21)

Maksudnya : "Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah."

Kekasih Allah, Muhammad Rasulullah s.a.w
 

Saya harap sahabat semua faham akan apa maksud sebenar ayat tersebut, insyaa-Allah.

          Jadi, apa yang saya nak tekankan di sini adalah, sudah terang lagi nyata, bahawa baginda Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik contoh yang Allah turunkan kepada kita untuk dijadikan ikutan serta tauladan dalam kehidupan seharian kita.

          Allah telahpun mengurniakan seorang nabi yang amat mulia bagi kita, untuk kita jadikan diri baginda sebagai suri tauladan dan ikutan bagi serta 'role model' bagi kita. Tetapi mengapakah kita masih lagi mengikut dan memandang artis sebagai ikutan kita?

Seperti contoh (maafkan saya jikalau saya terlalu berkasar atau menyentuh hal ini secara berlebihan), sebahagian daripada remaja kita sekarang terlalu memandang artis 'K-pop' secara berlebihan. Sampaikan ada yang terlalu fanatik akan mereka, sehinggakan lupa segalanya! Nauzubillah. Tak salah untuk sekadar tonton sekadar untuk luang masa, tapi janganlah sampai kita terlalu obses akan mereka. Apakah mereka patut kita pandang? Adakah mereka membawa apa2 faedah kepada kita? Cuba renungkan kembali.

Tak salah untuk kita berhibur, tapi janganlah terlalu berlebihan.

          Jadi, berbalik kepada topik asal. Kita renung kembali, adakah kita menjadikan sunnah Rasulullah sebagai panduan dan amalan hidup kita seharian?

Sunnah Rasulullah, biarlah sekecil mana pun sunnah itu, lebih baik kita hidupkan sunnah tersebut daripada kita langsung tidak menghidupkannya. Sebagai contoh, tidur mengiring ke kanan, bukankah ianya sekecil-kecil sunnah nabi. Susahkah kita untuk melakukannya? Tanya diri, wallahhua'lam.

          Ingatkah sahabat semua, dengan menghidupkan sunnah Rasulullah, secara tidak langsung itu mencerminkan yang kita rindu dan ingat akan baginda?

Janganlah kita sesekali melupai Rasulullah, semata-mata kita hanyut akan dunia ini.

          Rasulullah di saat kewafatan baginda, baginda masih lagi memikirkan tentang kita. Tambahan, ayat terakhir baginda sebelum wafat adalah "Ummati, ummati, ummati....". baginda masih kasih serta rindu akan umatnya, walaupun baginda menghampiri saat kewafatan.

Fikirkanlah, adakah kita mengingati Rasulullah pada kehidupan seharian kita?

         Rasulullah sentiasa merindui umatnya. Peganglah kata2 ini.

Kita pun mestilah turut sama mengingati Rasulullah. Berselawatlah, walaupun sedikit. Tak perlu duit yang banyak pun untuk berselawat. Tak perlu harta yang banyak pun untuk berselawat. Tak perlu masa yang lama pun untuk berselawat.

          Cukuplah sekadar kita berselawat kepada Rasulullah selepas solat, mahupun semasa masa lapang. Tak perlu masa yang lama untuk berselawat bukan.

Hayatilah ayat ini ; 


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
 
(Surah Al-Ahzab, ayat 56)

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat kepada Nabi; wahai orang yang beriman, bersalawatlah kamu kepadanya serta mohonkanlah kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan."

           Allah dan Malaikat-Nya turut berselawat kepada Rasulullah. Seluruh isi alam juga turut berselawat kepada baginda.
           

           Jadi, adakah kita turut berselawat kepada baginda? Renungkan.
            

           Sama2lah kita tanamkan dalam diri kita dan membiasakan lidah kita, untuk berselawat kepada Rasulullah.
 

Diharap sedikit sebanyak post ini dapat menanamkan dalam diri kita untuk mencintai, mengasihi dan merindui Rasulullah s.a.w.
 

           Semoga kita tergolong dalam umat baginda yang mendapat syafaat daripada baginda, Amin, insyaa-Allah.
            

           Yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk juga datang daripada Allah juga tapi disandarkan kepada saya, hamba-Nya. Wallahhua'lam.


Sama2 kita tanamkan cinta, kasih serta rindu kepada Rasulullah s.a.w

 السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته

 

Saturday, February 16, 2013

Api Dunia? Api Neraka? Mana yang lebih Panas?

                                                                بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

         Syukur alhamdulillah, kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menghembuskan nafas di muka bumi Allah ini, dan melihat kebesaran serta ciptaan-Nya.

         Baiklah, post kali ni saya hendak bincangkan tentang api neraka, tetapi saya kurang arif tentang perihal ini. Tapi, insyaa-Allah saya mampu kongsikan sedikit tentang perkara ini untuk sekadar perkongsian untuk sahabat semua.

_____________________________________________________

Baru2 ni saya adakan satu sesi ber-barbeque dengan sahabat saya. Saya ditugaskan untuk menyalakan api untuk jadikan bara api dari arang. Tatkala saya nak nyalakan  api tu, api tu terkena sikit tangan saya, masya-Allah, panas, walaupun kejap. Tangan saya pun dengan tersentap sebab panas kan.



         SubhanAllah, kemudian terlintas di fikiran saya, ini baru api dunia, macam mana pula ye api neraka nanti. Api dunia saya kena kejap pun tangan dah tersentap, inikan api neraka yang jauh dari panas daripada api dunia, wallahhua'lam.

          Timbul 1001 persoalan serta keinsafan dalam diri, masya-Allah.

 ______________________________________________________________________

 
Hadis Abu Hurairah r.a.:

            Nabi s.a.w pernah bersabda: "Api (ini) yang dinyalakan oleh anak Adam adalah sepertujuh puluh dari kepanasan api Neraka Jahanam".

Para sahabat berkata: "Demi Allah, dengan kepanasan inipun sudah memadai wahai Rasulullah!"

Baginda bersabda: "Sesungguhnya kepanasan api Neraka Jahanam melebihi kepanasan api ini sebanyak enam puluh sembilan bahagian (kali ganda). Setiap satu bahagian, kepanasannya sama dengan api ini".

(Hadis sahih Bukhari dan Muslim)


Neraka, semoga kita dijauhi daripada azabnya, Amin.



Jadi, jelas daripada hadis di atas, kita dapat tahu yang api neraka jauh lebih panas daripada api yang berada di dunia ini. 

           Mungkin seringkali kita dengar kepanasannya 7 kali ganda, ada yang kata 1000 kali ganda, dan ada yang kata kumpul semua api di dunia ni, 100 kali ganda neraka jauh lebih panas, wallahua'lam. Ini urusan Allah, hanya Dia saya yang Maha Mengetahui.

           Tapi lagu mana pun orang dok kata, api neraka jauh lebih PANAS, ye dak?

           Dan cuba kita bayangkan, kita dapat merasa api neraka tu, fuhhh, subhanAllah confirm takde lah orang yang melakukan kemungkaran di muka bumi Allah ini, wallahhua'lam.

           Bukan niat saya nak takutkan sahabat2 semua, cuma kadangkala tidak ada salahnya kita berfikir tentangnya, agar kita akan sentiasa berusaha mengelak daripada neraka Allah, insyaa-Allah.

Berdasarkan buku yang saya telah baca, berjudul "Khutbah Rasulullah"; Allah telahpun mencatat nama2 manusia yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan neraka. Dan bayangkanlah jika kita tersenarai dalam senarai nama ke neraka, nauzubillah hu minzalik. Semoga kita dijauhi daripada api neraka, Amin.

            Jadi, jikalau saya list kan senarai ahli neraka pun, memang terlalu banyak, wallahhua'lam. Daripada sekecil2 dosa sehinggalah sebesar2 dosa yang dilaknat Allah s.w.t, nauzubillah, sama2lah kita beringat.

Lagipun hanya Allah yang lebih Mengetahui tentang perkara ini.


            Apa yang saya mahu tekankan disini, a very simple word, semua orang rasa boleh faham kot, even budak tadika pun boleh faham, "PATUHI PERINTAH ALLAH, JAUHI LARANGAN-NYA", insyaa-Allah syurga akan menanti kita di akhirat kelak, Amin, insyaa-Allah.

             Jika Allah menyuruh kita untuk solat lima waktu, maka janganlah sekali2 kita tinggalkan walau satu waktu sekalipun, kerana ia wajib, jikalau tidak, nauzubillah hu minzalik, neraka Allah menanti kita.

Begitu juga dengan perintah menutup aurat, dan juga lain2nya.

Sentiasalah berusaha tingkatkan amal ibadah kita, serta amal jariah kita. Insyaa-Allah, itulah sebaik2 bekal untuk kita di akhirat sana.

             Konsepnya sama macam kehidupan seharian kita, even di sekolah, bila kita siap kerja sekolah, cikgu akan sayang, malahan beri hadiah lagi. Tapi jikalau kita tak siap, cikgu pun akan marah kita serta balasannya, rotan atau pembaris besi jadi peneman. (teringat zaman sekolah dulu, banyak kali jugak kena rotan..huhu)

Jadi, ayuhlah kita sama2 kembali kepada Allah, agar hidup sentiasa berada di bawah syariat serta mendapat keberkatan daripada-Nya.

            Peringatan ini bukanlah untuk sahabat2 sekalian sahaja, tetapi untuk diri saya yang khilaf ini.

            Sayang Allah, ikutilah perintah-Nya, jauhilah larangan-Nya.

Yang baik datang daripada Allah, yang buruk juga datang daripada Allah, tapi disandarkan kepada saya, hamba-Nya, wallahhua'lam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada sahabat semua, insyaa-Allah. Jazzakaallah khairan kathira. :)


Sentiasalah kita mengingati dosa2 kita, wallahhua'lam.






                                                   السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته