Sahabat Perjuangan

Wednesday, January 30, 2013

Pertemuan dan Sebuah Jejak Kehadapan

                                                               بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

        Pertama sekali dipanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t, kerana saya dapat menulis post kali ini. Kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa bersyukur atas nikmat yang telah Dia berikan kepada kita, iaitu nikmat paling besar dan berharga, nikmat Islam dan iman.

          Post kali saya akan cerita sedikit pengalaman saya apabila berjumpa dengan salah satunya penulis yang sekarang amat aktif dalam bidang penulisan serta bidang motivasi serta namanya kian meningkat naik, iaitu Hilal Asyraf.

          Ini adalah pertama kali saya pergi jumpa sendiri dengan penulis tersebut, depan2. Pada mulanya agak malu, sebab biasalah kan, manusia, sifat malu tu kekadang terbit dalam diri. Huhu.

Dua tiga kali jugaklah penjaga booth di Galeri Ilmu Sdn. Bhd. tersebut memandang saya, sebab lama sangat saya berada di booth tersebut, asyik dok tengok je. Lama jugak berkeliaran kat booth tu, macam orang tak tentu hala pun ada. Haha

          But that's not my point here, apa yang saya nak kongsikan disini adalah betapa bersyukurnya saya apabila dapat bertemu dengan abang Hilal Asyraf. 

           Saya mengadakan sesi soal jawab bersamanya, tentang nawaituyang terdetik di hati saya sekarang. Alhamdulillah, beliau menerima baik nawaitu tersebut. Saya meminta sedikit motivasi daripadanya. Banyak juga yang telah beliau sampaikan kepada saya. Alhamdulillah, kini saya mampu buka minda, dan think out of the box.

Apa yang saya kagum tentang beliau adalah cara beliau menyampaikan dakwah, tidak terlalu orang kata strict, sungguh bersahaja serta mengikut peredaran zaman. Boleh saya compile disini, sama seperti gaya ceramah Ustaz Azhar Idrus, yakni sebati dengan jiwa dan remaja sekarang. Dan begitulah juga yang saya akan lakukan, dakwah secara bersahaja, tapi penuh pengisian, insyaa-Allah.

          Satu yang menarik tentang nasihat abang Hilal kepada saya, "jangan berputus asa, sekali jatuh bukanlah pengakhiran kepada segala-galanya.". Walaupun ia cuma nasihat biasa dan juga telah acap kali kita dengar, tapi ia adalah kata-kata pencetus, mungkin dalam usaha dakwah saya, insyaa-Allah.

Alhamdulillah, kini saya lebih bersemangat dan tergerak kehadapan untuk saya terus dan teruskan perjuangan saya demi Islam.

          Semoga dengan pertemuan saya bersama beliau, menjadi satu tanda aras kepada saya untuk lebih giat lagi dalam usaha dakwah ini, Amin Ya Rabb.





                            Sempatlah jugak saya bergambar dengan beliau,
                                               bukan selalu dapat jumpa kan..hehe :)



Dan alhamdulillah, sempat juga saya  juga membeli sedikit buku islamik dan motivasi untuk saya jadikan rujukan serta pedoman, dan mungkin boleh saya kongsikan kepada sahabat semua, insyaa-Allah.



                                  Antara buku yang sempat saya dapatkan, alhamdulillah. :)


            Saya memohon maaf jika post saya kali ini agak bersifat "peribadi" sedikit, dan bukan post yang membina, cuma nak kongsi pada semua.

Dan suka untuk saya simpulkan, setiap manusia ada tanda arasnya sendiri untuk mereka berubah dan berhijrah, lambat atau cepat hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Jadi, kita kenalah berusaha sehabis baik untuk mendapatkan hidayah serta rahmat Allah s.w.t, wallahua'lam.

Semoga Allah merahmati kita sentiasa sepanjang kehidupan kita sebagai hamba-Nya, Amin Ya Rabb.

Sekian dari dari saya yang khilaf ini. Salam Ukhwah sahabat semua. :D

                                                                            
                                                        السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته



                                                                   





         


          

Sunday, January 27, 2013

Eh2, Tak Nak 27 Ke?

                                                              بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

Pertama sekali, syukur munajat dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana memberi saya peluang dan kesempatan untuk menulis blog pertama saya, alhamdulillah. Wah2, excitednya rasa, first time post kat blog..haha

        Baiklah, sebelum saya nak tekankan kepada isi post saya kali ni, saya berikan kepada sahabat semua hadis Rasulullah s.a.w;

                Rasulullah s.a.w bersabda: 

            "Solat berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan solat bersendirian
            sebanyak dua puluh tujuh (27) darjat iaitu ganjaran,"
                                                                                                          (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

         Jadi, jelas tak hadis tadi? Alhamdullillah, baguslah kalau sahabat semua faham dan jelas akan hadis tersebut kan, kan.

Baiklah, sebelum tu saya nak tanya sahabat semua, macam mana solat semua? Terjaga tak? Jikalau solat sahabat semua terjaga, alhamdulillah, syukur, semoga Allah sentiasa melimpahi rahmat-Nya kepada kalian, amin, insyaa-Allah.

Saya ada tonton video ceramah Ustaz Azhar Idrus, dan saya tertarik dengan satu part yang berbentuk dialog, yang berbunyi;

    Bos        : "Hang nak gaji 27000 ka 1000?,"

    Pekerja : " 1000 pun takpa lah,"

    Bos        : "Errr, hang ada ambil pil kuda ka?,"

Haha, sungguh menggelikan hati, sakan saya gelak. Tapi bukan saya nak tekankan pasal lawak UAI tu, haha. Tapi kita sendiri dah boleh nampak kan, pilihan mana yang relevan. Sebagai manusia yang bijak, mestilah kita akan ambil 27000 kan, betul tak sahabat?

Jadi, sama seperti solat lah kan, takkanlah kita nak pilih pahala 1 berbanding pahala 27 kan? Selagi kita boleh pilih yang terbaik, mengapa perlu kita ambil yang sedikit kan, tak gitu? Jadi kepada sahabat saya, ayuhlah, kita sama2 solat berjemaah, agar dapat kita capai pahala 27 tersebut dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w dalam solat berjemaah, ok? 

           Tentang kelebihan solat berjemaah ni saya bukanlah arif sangat tentang hal tersebut, tapi sedikit sebanyak bolehlah kot saya kongsikan pada hangpa semua noh, (amboi, cakap kedah pulak ye.haha)

           Menurut apa yang saya tahu, mengikut teori fizik lah katakan, setelah melakukan aktiviti seharian, banyak tenaga atau cas-cas positif dan negatif dalam badan tidak seimbang. Apabila kita solat berjemaah, aura atau tenaga ion2 yang berada dalam badan kita akan saling pindah dan melengkapi apabila kita berada rapat bahu ke bahu, tumit ke tumit. Jadi, tenaga akan tersalur dan cas-cas dalam badan akan lebih seimbang, jadi kita akan lebih bertenaga selepas kita solat berjemaah, insyaa-Allah. Kalau nak maklumat lebih, eloklah tanya yang pakar, saya ni sains kurang sikit, sebab saya aliran sastera, otak blur bila tengok sains ni, haha. Betulkan saya jika saya silap ye.

           Bagi pandangan dan pengalaman saya pula, apabila kita solat berjemaah ni, solat kita akan lebih khusyuk berbanding solat bersendirian, wallahua'lam. Kerana, jika solat bersendirian, kadangkala semasa kita sedang membaca surah, mungkin sekali fikiran kita akan diganggu oleh masalah yang dihadapi ataupun apa sahaja yang boleh terlintas dalam minda kita. Jadi, jika kita solat berjemaah, sekurangnya kita akan lebih khusyuk apabila kita dapat mendengar alunan bacaan surah daripada imam, dan menghayatinya, insyaa-Allah. Betulkan saya jika saya silap ye.

            Kemudian, last but not least (amboi, teringat masa buat karangan English time sekolah dulu, haha) , solat berjemaah dapat membina ukhwah. Dengan solat berjemaah, tatkala kita bersalaman dengan orang selepas solat, ukhwah kita akan terjalin dengan orang tersebut, dan mungkin sekali kita akan dapat pahala sedekah, yakni apabila kita melemparkan senyuman semasa salam itu. Takkanlah salam nak buat muka bengis kot kan, ingat KL gangster ke apa, haha. Dan kebarangkalian (probability), kita akan berjumpa dengan sahabat lama kita yang telah lama kita tidak berjumpa. Di situ, kita akan dapat membina semula ukhwah yang telah lama putus, kan, insyaa-Allah.

             Dan bagi para sahabat lelaki, masa muda ini lah masa kita yang terbaik untuk kita dekati masjid atau surau kan. Kerana ukhwah kita adalah utuh, dan kita adalah generasi harapan semua umat Islam di Malaysia, mahupun luar negara. Dengan solat berjemaah ini lah kita dapat tunjukkan betapa kuatnya kesatuan atau "unity" kita dalam kalangan muslim kepada orang kafir di luar sana, agar mereka gerun akan kita. Kan2. 

Dan tidak lupa juga, time inilah kita kena belajar untuk menjadi imam dengan solat berjemaah. Sebab, satu hari nanti kita akan menjadi imam kepada bakal zaujah kita kan. Malu sih kalau tiba2 zaujah kita ajak kita solat berjemaah then kita tak tahu nak jadi imam. Bersimpul malu, fuhh, menangis tak berlagu..haha. Wallahua'alam.

          Jadi, rasanya itu saja kot yang mampu saya kongsikan kepada sahabat2 semua. Semoga sahabat semua dapat mengambil sedikit ikhtibar tentang apa yang saya cuba sampaikan. Seruan saya kepada sahabat2 semua, ayuhlah kita bangkit sebagai seorang muslim yang utuh dan berjaya, insyaa-Allah. Sama2 kita renungkan ye.


         Sebelum saya mengakhiri post saya, saya tinggalkan sebuah kata2 dari Saidina Umar Al-Khattab r.a;


               "Tiada Islam kecuali dengan berjemaah, tidak ada jemaah kalau tiada 
                kepimpinan dan tidak ada kepimpinan kecuali dengan ketaatan,"
                                                                                               (Ad-Darimi dari Tamim Ad-Dahari)


Yang baik itu datang daipada Allah s.w.t, dan yang buruk juga datang daripada Allah s.w.t tetapi disandarkan kepada saya, hamba-Nya.


          Semoga kita sentiasa mendapat rahmat serta petunjuk Allah s.w.t, Amin Ya Rabb.

Sekian saja coretan saya pada kali ini,

          "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka
           mengubah nasib mereka sendiri,"
                                                                                                                  (Surah Ar-Ra'd, ayat 11)

Wallahhu'alam. :)

                                                                          السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته 


*Maafkan saya jika penyampaian saya kurang berkesan, kerana saya lebih suka tulis secara tidak formal, means santai lah..huhu. :)












 

Saturday, January 26, 2013

Sebuah "Nawaitu", Sebuah Perjalanan

                                     بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم  

Sesungguhnya dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Assalamualaikum semua sahabat dan teman, alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari ini, kita masih lagi mampu bernafas, dan diberi peluang untuk melihat serta menerokai ciptaan Allah s.w.t di atas muka bumi-Nya ini.

Pertama sekali, saya rasa bersyukur kerana saya diberi peluang untuk menulis blog ini. (Izinkan saya guna bahasa simple je ok, skema sangat pun tak boleh jugak kan..haha)

Penerbitan blog saya ni adalah kerana alhamdulillah, di dalam benak hati saya ni, telah pun timbul rasa tanggungjawab untuk menulis blog. Macam yang kita tahu kan, kita diciptakan di atas muka bumi Allah s.w.t adalah sebagai khalifah, dan tiada seorang manusia pun terkecuali daripada dirinya digelar khalifah, wallahhualam.

Sebenarnya saya ni takdelah alim sangat pun, cuma orang biasa je. Dulu saya ni seorang yang nakal dan biasalah, korang boleh faham sendiri kan, budak KL. Haha. Tapi alhamdulillah, semenjak meningkatnya umur saya ni, semakin matangnya pemikiran saya ni yang mampu bezakan antara baik dan buruk, saya mula sedar dan bermuhasabah diri, dan mula mendekati agama sedikit demi sedikit. Dan insyaa-Allah, saya akan sentiasa mendalaminya sehinggalah selesai tugas saya di atas muka bumi Allah s.w.t ni.

Straight to the point, niat saya buat blog ni pun sebab nak ajak semua kawan-kawan serta sahabat saya untuk turut sama kita bersatu dalam usaha dakwah ini, bagi kita mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t, insyaa-Allah.

Saya ni bukanlah ustaz, bukan pula imam muda, mahupun bukan seorang hafiz. Khilaf diri saya mengatakan banyak yang perlu saya pelajari bagi mendekatkan diri saya kepada Sang Pencipta.

Insyaa-Allah, diharap kawan-kawan dan sahabat dapat menerima saya dengan hati yang terbuka, dan sama-samalah kita saling nasihat-menasihati, sebab Islam tu sendiri menyarankan kita untuk saling nasihat menasihati;

           " .....الدِّينُ الْنَصِيحَة " - Agama Islam itu adalah nasihat.

Jadi dengan tertubuhnya blog, diharap kita akan jadikan ia medium untuk perkongsian ilmu, bukan sahaja ilmu duniawi, tetapi juga ilmu akhirat, insyaa-Allah.

Sama-samalah kita menuju dan mendekati kepada yang Maha Esa, Allah s.w.t.

Sekian saja dari saya,  


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. :) 

                                   Jadikan perjalanan hidup kita menuju Allah s.w.t. 
                                                  (Foto Ihsan : Lukisan Dakwah Islam)