Sahabat Perjuangan

Saturday, February 16, 2013

Api Dunia? Api Neraka? Mana yang lebih Panas?

                                                                بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

         Syukur alhamdulillah, kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menghembuskan nafas di muka bumi Allah ini, dan melihat kebesaran serta ciptaan-Nya.

         Baiklah, post kali ni saya hendak bincangkan tentang api neraka, tetapi saya kurang arif tentang perihal ini. Tapi, insyaa-Allah saya mampu kongsikan sedikit tentang perkara ini untuk sekadar perkongsian untuk sahabat semua.

_____________________________________________________

Baru2 ni saya adakan satu sesi ber-barbeque dengan sahabat saya. Saya ditugaskan untuk menyalakan api untuk jadikan bara api dari arang. Tatkala saya nak nyalakan  api tu, api tu terkena sikit tangan saya, masya-Allah, panas, walaupun kejap. Tangan saya pun dengan tersentap sebab panas kan.



         SubhanAllah, kemudian terlintas di fikiran saya, ini baru api dunia, macam mana pula ye api neraka nanti. Api dunia saya kena kejap pun tangan dah tersentap, inikan api neraka yang jauh dari panas daripada api dunia, wallahhua'lam.

          Timbul 1001 persoalan serta keinsafan dalam diri, masya-Allah.

 ______________________________________________________________________

 
Hadis Abu Hurairah r.a.:

            Nabi s.a.w pernah bersabda: "Api (ini) yang dinyalakan oleh anak Adam adalah sepertujuh puluh dari kepanasan api Neraka Jahanam".

Para sahabat berkata: "Demi Allah, dengan kepanasan inipun sudah memadai wahai Rasulullah!"

Baginda bersabda: "Sesungguhnya kepanasan api Neraka Jahanam melebihi kepanasan api ini sebanyak enam puluh sembilan bahagian (kali ganda). Setiap satu bahagian, kepanasannya sama dengan api ini".

(Hadis sahih Bukhari dan Muslim)


Neraka, semoga kita dijauhi daripada azabnya, Amin.



Jadi, jelas daripada hadis di atas, kita dapat tahu yang api neraka jauh lebih panas daripada api yang berada di dunia ini. 

           Mungkin seringkali kita dengar kepanasannya 7 kali ganda, ada yang kata 1000 kali ganda, dan ada yang kata kumpul semua api di dunia ni, 100 kali ganda neraka jauh lebih panas, wallahua'lam. Ini urusan Allah, hanya Dia saya yang Maha Mengetahui.

           Tapi lagu mana pun orang dok kata, api neraka jauh lebih PANAS, ye dak?

           Dan cuba kita bayangkan, kita dapat merasa api neraka tu, fuhhh, subhanAllah confirm takde lah orang yang melakukan kemungkaran di muka bumi Allah ini, wallahhua'lam.

           Bukan niat saya nak takutkan sahabat2 semua, cuma kadangkala tidak ada salahnya kita berfikir tentangnya, agar kita akan sentiasa berusaha mengelak daripada neraka Allah, insyaa-Allah.

Berdasarkan buku yang saya telah baca, berjudul "Khutbah Rasulullah"; Allah telahpun mencatat nama2 manusia yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan neraka. Dan bayangkanlah jika kita tersenarai dalam senarai nama ke neraka, nauzubillah hu minzalik. Semoga kita dijauhi daripada api neraka, Amin.

            Jadi, jikalau saya list kan senarai ahli neraka pun, memang terlalu banyak, wallahhua'lam. Daripada sekecil2 dosa sehinggalah sebesar2 dosa yang dilaknat Allah s.w.t, nauzubillah, sama2lah kita beringat.

Lagipun hanya Allah yang lebih Mengetahui tentang perkara ini.


            Apa yang saya mahu tekankan disini, a very simple word, semua orang rasa boleh faham kot, even budak tadika pun boleh faham, "PATUHI PERINTAH ALLAH, JAUHI LARANGAN-NYA", insyaa-Allah syurga akan menanti kita di akhirat kelak, Amin, insyaa-Allah.

             Jika Allah menyuruh kita untuk solat lima waktu, maka janganlah sekali2 kita tinggalkan walau satu waktu sekalipun, kerana ia wajib, jikalau tidak, nauzubillah hu minzalik, neraka Allah menanti kita.

Begitu juga dengan perintah menutup aurat, dan juga lain2nya.

Sentiasalah berusaha tingkatkan amal ibadah kita, serta amal jariah kita. Insyaa-Allah, itulah sebaik2 bekal untuk kita di akhirat sana.

             Konsepnya sama macam kehidupan seharian kita, even di sekolah, bila kita siap kerja sekolah, cikgu akan sayang, malahan beri hadiah lagi. Tapi jikalau kita tak siap, cikgu pun akan marah kita serta balasannya, rotan atau pembaris besi jadi peneman. (teringat zaman sekolah dulu, banyak kali jugak kena rotan..huhu)

Jadi, ayuhlah kita sama2 kembali kepada Allah, agar hidup sentiasa berada di bawah syariat serta mendapat keberkatan daripada-Nya.

            Peringatan ini bukanlah untuk sahabat2 sekalian sahaja, tetapi untuk diri saya yang khilaf ini.

            Sayang Allah, ikutilah perintah-Nya, jauhilah larangan-Nya.

Yang baik datang daripada Allah, yang buruk juga datang daripada Allah, tapi disandarkan kepada saya, hamba-Nya, wallahhua'lam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada sahabat semua, insyaa-Allah. Jazzakaallah khairan kathira. :)


Sentiasalah kita mengingati dosa2 kita, wallahhua'lam.






                                                   السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته





2 comments:

  1. Takutnyaaa neraka :'( Hmm takut tapi still buat dosa. Astaghfirullahalazim :(

    ReplyDelete