Sahabat Perjuangan

Saturday, February 23, 2013

Rindu kepada Rasulullah s.a.w, Hidupkan Sunnahnya


                                                                 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

        Alhamdulillah, syukur kerana masih mampu berdiri dan menghayati indahnya kehidupan yang Allah beri kepada kita, syukur kepada Allah s.w.t, atas nikmat kurniaan-Nya.

         Pada post kali ini, saya akan kongsi sedikit kepada sahabat sekalian, tentang junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bukan saya ingin menceritakan sirah baginda, tapi tentang apa yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan seharian segala sunnah baginda. Sebelum itu, marilah kita hayati dahulu ayat ini ;


                     

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

(Surah Al-Ahzab, ayat 21)

Maksudnya : "Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah."

Kekasih Allah, Muhammad Rasulullah s.a.w
 

Saya harap sahabat semua faham akan apa maksud sebenar ayat tersebut, insyaa-Allah.

          Jadi, apa yang saya nak tekankan di sini adalah, sudah terang lagi nyata, bahawa baginda Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik contoh yang Allah turunkan kepada kita untuk dijadikan ikutan serta tauladan dalam kehidupan seharian kita.

          Allah telahpun mengurniakan seorang nabi yang amat mulia bagi kita, untuk kita jadikan diri baginda sebagai suri tauladan dan ikutan bagi serta 'role model' bagi kita. Tetapi mengapakah kita masih lagi mengikut dan memandang artis sebagai ikutan kita?

Seperti contoh (maafkan saya jikalau saya terlalu berkasar atau menyentuh hal ini secara berlebihan), sebahagian daripada remaja kita sekarang terlalu memandang artis 'K-pop' secara berlebihan. Sampaikan ada yang terlalu fanatik akan mereka, sehinggakan lupa segalanya! Nauzubillah. Tak salah untuk sekadar tonton sekadar untuk luang masa, tapi janganlah sampai kita terlalu obses akan mereka. Apakah mereka patut kita pandang? Adakah mereka membawa apa2 faedah kepada kita? Cuba renungkan kembali.

Tak salah untuk kita berhibur, tapi janganlah terlalu berlebihan.

          Jadi, berbalik kepada topik asal. Kita renung kembali, adakah kita menjadikan sunnah Rasulullah sebagai panduan dan amalan hidup kita seharian?

Sunnah Rasulullah, biarlah sekecil mana pun sunnah itu, lebih baik kita hidupkan sunnah tersebut daripada kita langsung tidak menghidupkannya. Sebagai contoh, tidur mengiring ke kanan, bukankah ianya sekecil-kecil sunnah nabi. Susahkah kita untuk melakukannya? Tanya diri, wallahhua'lam.

          Ingatkah sahabat semua, dengan menghidupkan sunnah Rasulullah, secara tidak langsung itu mencerminkan yang kita rindu dan ingat akan baginda?

Janganlah kita sesekali melupai Rasulullah, semata-mata kita hanyut akan dunia ini.

          Rasulullah di saat kewafatan baginda, baginda masih lagi memikirkan tentang kita. Tambahan, ayat terakhir baginda sebelum wafat adalah "Ummati, ummati, ummati....". baginda masih kasih serta rindu akan umatnya, walaupun baginda menghampiri saat kewafatan.

Fikirkanlah, adakah kita mengingati Rasulullah pada kehidupan seharian kita?

         Rasulullah sentiasa merindui umatnya. Peganglah kata2 ini.

Kita pun mestilah turut sama mengingati Rasulullah. Berselawatlah, walaupun sedikit. Tak perlu duit yang banyak pun untuk berselawat. Tak perlu harta yang banyak pun untuk berselawat. Tak perlu masa yang lama pun untuk berselawat.

          Cukuplah sekadar kita berselawat kepada Rasulullah selepas solat, mahupun semasa masa lapang. Tak perlu masa yang lama untuk berselawat bukan.

Hayatilah ayat ini ; 


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
 
(Surah Al-Ahzab, ayat 56)

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat kepada Nabi; wahai orang yang beriman, bersalawatlah kamu kepadanya serta mohonkanlah kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan."

           Allah dan Malaikat-Nya turut berselawat kepada Rasulullah. Seluruh isi alam juga turut berselawat kepada baginda.
           

           Jadi, adakah kita turut berselawat kepada baginda? Renungkan.
            

           Sama2lah kita tanamkan dalam diri kita dan membiasakan lidah kita, untuk berselawat kepada Rasulullah.
 

Diharap sedikit sebanyak post ini dapat menanamkan dalam diri kita untuk mencintai, mengasihi dan merindui Rasulullah s.a.w.
 

           Semoga kita tergolong dalam umat baginda yang mendapat syafaat daripada baginda, Amin, insyaa-Allah.
            

           Yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk juga datang daripada Allah juga tapi disandarkan kepada saya, hamba-Nya. Wallahhua'lam.


Sama2 kita tanamkan cinta, kasih serta rindu kepada Rasulullah s.a.w

 السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته

 

No comments:

Post a Comment