Sahabat Perjuangan

Thursday, February 7, 2013

Rezeki Allah sentiasa ada dan tak pernah putus.

                                                                بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

Syukur atas segala nikmat yang telah Allah s.w.t kurniakan kepada kita hingga hari ini, alhamdulillah. Selawat dan salam buat junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w.

Baiklah, post kali ini saya akan membicarakan bahawa rezeki yang Allah kurniakan kepada kita hamba-Nya sedikit pun tidak pernah putus. Buktinya, kita masih lagi masih bernafas dan menjalani hidup kita seperti biasa pada hari sekarang, detik ini dan juga saat ini.

        Seperti yang kita maklum, rezeki, jodoh dan juga ajal maut kita sudahpun tertulis di Lauh Mahfuz. Sebelum kita lahir di dunia lagi, Allah telah tuliskan segalanya di sana, atas persetujuaan kita. Wallahhua'lam.

        Doa adalah keypoint utama dalam kita meminta kepada Allah s.w.t. Kita lupa akan sesuatu, tanpa usaha manakan kita dapat apa yang kita mahukan. Seperti pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". We don't just sit back and relax. Ingat iklan Kit-Kat ke apa? Ingat rezeki boleh datang dari langit macam tu lepas kita berdoa?

          Kita janganlah terlalu malas sangat nak usaha sampaikan ayat "takde rezeki lah". Kalau tak usaha memang lah takkan ada rezekinya, tak gitu?

          Jadi, kita kenalah kerah tenaga, berusaha untuk dapatkan sesuatu yang kita mahu itu. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah. Dia sentiasa memberi apa yang hamba-Nya minta daripada-Nya. Atas usaha kita sungguh-sungguh untuk dapatkan sesuatu, insyaa-Allah, Allah akan perkenankan doa kita.


                                Ucapkanlah Alhamdulilllah atas segala kurniaan rezeki-Nya
                                                                                 kepada kita.


_______________________________________________________________



          Saya mahu kongsikan sedikit amalan yang boleh dilakukan tentang bagaimana dalam usaha kita menggapai rezeki Allah s.w.t.


          1.     Solat Dhuha
                  - Rajinkanlah diri kita untuk solat dhuha 2 rakaat. Ambil masa dalam 5 minit
                     sahaja untuk menunaikan solat sunat ini. Sebagaimana sabda Rasulullah
                     yang tercatat dalam kitab An-Nurain, yang maksudnya, "Dua rakaat Dhuha
                     menarik rezeki dan menolak kepapaan". Wallahhua'lam.


          2.     Surah Al-Waqi'ah

                Ambillah masa sebentar setiap hari selepas solat maghrib untuk membaca surah
                     Al-Waqi'ah, kerana Allah akan membuka pintu rezeki jika kita mengamalkan
                      serta istiqomah. Sabda Rasulullah s.a.w. : Siapa membaca surah Al-Waqi’ah
                      setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-
                      lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

          
          3.     Yakin Akan Rezeki Allah
                 -  Keyakinan kita terhadap rezeki Allah juga elemen penting. Apabila kita yakin
                      akan rezeki yang Allah, insyaa-Allah kita tak akan pernah rasa gelisah dan
                      gundah akan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.



                                                          Yakinlah akan rezeki Allah. :)



Jadi, kita mestilah berusaha untuk mendapatkan rezeki Allah, yakin bahawa rezeki Allah takkan pernah putus dilimpahkan oleh-Nya kepada kita hamba-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

        Moga kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa berusaha mendapatkan redha-Nya, Amin Ya Rabb.

Andaikata post saya kali ini ada silapnya, sudi2kanlah sahabat semua untuk tegur saya, kerana dengan teguran itulah saya akan belajar, insyaa-Allah.

Sekian. :)



                                                        السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته

 






 

1 comment: