Sahabat Perjuangan

Friday, February 1, 2013

Keyakinan. Yakinlah Allah sentiasa ada untuk kita!

                                                                    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

Syukur kehadrat Ilahi atas kurniaan-Nya kepada kita, sangat besar nikmat yang telah diberikan oleh-Nya, alhamdulillah.

           Jadi post kali ni saya akan bicarakan tentang keyakinan terhadap Allah s.w.t, sejauh mana kita yakin terhadapnya, dalam segenap aspek, sama ada rezeki mahupun jodoh. Senang kata, dalam kehidupan kita seharian lah kan, betul tak? :)

           Tapi saya tak akan ceritakan tentang ilmu aqidah yang mendalam, kerana saya ini hanyalah insan biasa, ilmu pengetahuan agama pun masih lagi sedikit, dan masih usaha untuk saya capai yang lebih tinggi, insyaa-Allah, fighting! huhu. Sebagaimana yang sahabat saya beritahu pada saya, ia sangat luas seperti lautan tak berketepian, memerlukan masa untuk kita mendalaminya, wallahhua'lam.

Saya akan menceritakan tentang pengalaman saya, betapa Allah s.w.t itu sentiasa membantu hamba-Nya jika kita meminta pertolongan daripada-Nya serta yakin akan Dia sentiasa berada bersama kita dikala kita kesusahan.

Izinkan saya cerita pengalaman saya ni ye, apa pun sorilah kalau cerita saya ni tak best, sebab saya ni bukanlah penulis novel, yang dapat menambat hati pembaca2nya sekali mereka membaca novel tersebut kan? huhu.

            Diharap sahabat dapat membacanya dengan keterbukaan. :)



_________________________________________________________________


            Lepas je cuti semester, ayah saya telah hantar motor kepada saya, untuk saya gunakan di UTM sana. Semalam ayah saya poskan, esoknya terus sampai, wah, sungguh laju, tak sia2 nama tu PosLaju..huhu. Lepas dapat panggilan dari pihak pos laju, saya pun terus bercadang untuk ambik motor tu petang jumaat.

 Usai solat jumaat, saya cuba cari kereta sapu (servis penghantaran), tapi tak dapat. Banyak kali jugak saya cuba cari, macam2 cara, tanya kawan, cari nombor, tapi masih tak dapat. Masa berlalu, jam pun nak pukul 4 pm, pejabat pos kan tutup pukul 5.30 pm. Saya nekad, walaupun duit tak banyak, terpaksalah call teksi untuk hantar.

          Alhamdulillah, sampai saya ke destinasi, walaupun hakikatnya tambang mahal. Check2 dompet, tinggal lagi RM 13, cukuplah untuk isi minyak kot. Bila saya dah masuk je pejabat pos, terus pergi kaunter then tanya pasal motor, then dia suruh tunggu. Tunggu punya tunggu, agak nak tutup jugaklah pejabat pos tu, baru dia panggil suruh ambik motor kat belakang. Aduh, tension time tu, kenapalah tak bagitahu awal2 kan suruh pergi belakang je. Tapi alhamdulillah, time tu masih boleh sabar.

          Alhamdulillah, dapat motor. Tengok minyak macam kurang je, takpe boleh isi kot kat depan. Dalam perjalanan, agak dalam 2km gitu, nampak Petronas terus saya singgah dan isi minyak. 

         Lepas je isi minyak, baru nak keluar dari Petonas tu, Ya Allah, rantai pulak tercabut. Terus saya buntu. Cuba pasang balik, tapi tak boleh. Mula2 saya try call sahabat saya yang duduk Johor untuk datang tolong, tapi dia tak dapat datang, ada hal. Takpelah, saya singgah lah kejap kot kat Petronas tu, manalah tahu ada nombor bengkel.

Cari punya cari, tanya punya tanya kat orang, takde pulak dah, masya-Allah. Buntu lagi. Takpelah, saya cuba mintak kat bangla Petronas tu spanar atau apapun untuk cuba jugak saya betulkan, manalah tahu ada luck kan. Pun takde. Allahhu Rabbi. Terus saya dalam kebuntuan.

        Kalau macam ni, terpaksalah cari bengkel. Tapi bila tanya bangla tu, bengkel terdekat ada ke tak. "Takde, dulu ada lah kat depan tu, sekarang dah pindah. Rasanya jauh sana". SubhanAllah, terdiam saya.

Takde pilihan lain jugak, terpaksa berkorban duit pi ambik teksi untuk ke bengkel. Bila nak pergi cucuk duit kat ATM dalam Petronas tu pulak, masya-Allah, ATM pulak rosak. Allahu Rabbi, memang saya terkedu.

        Saya memang bersendirian masa tu, tiada siapa dapat bantu, dan takde apa dapat bantu. Tengok jam dah pukul 6 lebih, tapi saya masih tak solat. Alhamdulillah, nasib baik ada surau kat Petronas tu.




        Usai solat asar, saya terus saya berdoa agar Allah dapat buka jalan untuk saya. Hinggakan saya menitik air mata saya. SubhanAllah, saya memang tiada sesiapa time tu untuk tolong saya, hanya mengharapkan pertolongan Allah s.w.t sahaja.

Lepas doa, saya nekad, dengan bekalkan RM 8 yang masih lagi tinggal dalam dompet, saya ambik teksi untuk cari bank dan bengkel terdekat. Setiap masa saya pandang meter, takut2 kena lebih.

         Alhamdulillah, sampai2 je kat bank, RM 8 tu cukup2 untuk tambang tu. Syukurlah.

        Tambahan pula, bank dan bengkel jaraknya tak jauh, boleh jalan kaki. Alhamdulillah Ya Allah, saya bersyukur sangat2. Tak perlulah lagi saya ambil teksi untuk ke bengkel pula, dan hanya perlu keluarkan duit untuk baiki motor saja.

         Pergi ke bengkel terdekat tu, then terus orang bengkel tu bawa tow truck dan ambil motor saya kat Petronas tu. Alhamdulillah, siap dibaiki. Walaupun kosnya agak tinggi, perkara tu saya ketepikan, yang penting siap dibaiki. Hanya kesyukuran kepada Allah yang hanya mampu saya ungkapkan ketika itu, Alhamdulillah Ya Rabb.



_________________________________________________________________




         Begitulah pengalaman yang amat bermakna bagi saya, dan semenjak itu, alhamulillah, saya mula sedar dan berasa beruntung, betapa keyakinan kepada Allah itu penting. Dalam apa pun jua masalah, Allah sentiasa memberi jalan keluar daripada permasalahan itu, insyaa-Allah.

          Allah sentiasa berada dengan kita dikala kita senang mahupun susah. Sesungguh-Nya, Dialah sebaik2 penolong bagi kita.

          Itu sajalah yang mampu saya coretkan pada post kali ini. Diharap sahabat semua dapat menerima post saya kali ini dengan hati yang terbuka. Maafkan saya andaikata post saya kali ini kurang menarik. Saya akan cuba untuk tingkatkan lagi teknik penulisan saya, chaiyo2, fighting! huhu.

         Sebelum saya akhiri post saya, hayatilah kalamullah ini;


                                              ....أَمَّن يُجِيبُ آلْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيُكْشِفُ آلسُّوءَ
        
             "Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila
               ia berdoa kepada-Nya. Dan yang menghilangkan kesusahan."
                                                                                                                       (Surah an-Naml, ayat 62)







Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk juga datang daripada Allah tetapi disandarkan kepada saya, hamba-Nya.

Sekian dari saya, dan salam ukhwah sahabat sekalian. :)

                                                                                               السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته

2 comments: