Sahabat Perjuangan

Wednesday, January 30, 2013

Pertemuan dan Sebuah Jejak Kehadapan

                                                               بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم

        Pertama sekali dipanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t, kerana saya dapat menulis post kali ini. Kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa bersyukur atas nikmat yang telah Dia berikan kepada kita, iaitu nikmat paling besar dan berharga, nikmat Islam dan iman.

          Post kali saya akan cerita sedikit pengalaman saya apabila berjumpa dengan salah satunya penulis yang sekarang amat aktif dalam bidang penulisan serta bidang motivasi serta namanya kian meningkat naik, iaitu Hilal Asyraf.

          Ini adalah pertama kali saya pergi jumpa sendiri dengan penulis tersebut, depan2. Pada mulanya agak malu, sebab biasalah kan, manusia, sifat malu tu kekadang terbit dalam diri. Huhu.

Dua tiga kali jugaklah penjaga booth di Galeri Ilmu Sdn. Bhd. tersebut memandang saya, sebab lama sangat saya berada di booth tersebut, asyik dok tengok je. Lama jugak berkeliaran kat booth tu, macam orang tak tentu hala pun ada. Haha

          But that's not my point here, apa yang saya nak kongsikan disini adalah betapa bersyukurnya saya apabila dapat bertemu dengan abang Hilal Asyraf. 

           Saya mengadakan sesi soal jawab bersamanya, tentang nawaituyang terdetik di hati saya sekarang. Alhamdulillah, beliau menerima baik nawaitu tersebut. Saya meminta sedikit motivasi daripadanya. Banyak juga yang telah beliau sampaikan kepada saya. Alhamdulillah, kini saya mampu buka minda, dan think out of the box.

Apa yang saya kagum tentang beliau adalah cara beliau menyampaikan dakwah, tidak terlalu orang kata strict, sungguh bersahaja serta mengikut peredaran zaman. Boleh saya compile disini, sama seperti gaya ceramah Ustaz Azhar Idrus, yakni sebati dengan jiwa dan remaja sekarang. Dan begitulah juga yang saya akan lakukan, dakwah secara bersahaja, tapi penuh pengisian, insyaa-Allah.

          Satu yang menarik tentang nasihat abang Hilal kepada saya, "jangan berputus asa, sekali jatuh bukanlah pengakhiran kepada segala-galanya.". Walaupun ia cuma nasihat biasa dan juga telah acap kali kita dengar, tapi ia adalah kata-kata pencetus, mungkin dalam usaha dakwah saya, insyaa-Allah.

Alhamdulillah, kini saya lebih bersemangat dan tergerak kehadapan untuk saya terus dan teruskan perjuangan saya demi Islam.

          Semoga dengan pertemuan saya bersama beliau, menjadi satu tanda aras kepada saya untuk lebih giat lagi dalam usaha dakwah ini, Amin Ya Rabb.





                            Sempatlah jugak saya bergambar dengan beliau,
                                               bukan selalu dapat jumpa kan..hehe :)



Dan alhamdulillah, sempat juga saya  juga membeli sedikit buku islamik dan motivasi untuk saya jadikan rujukan serta pedoman, dan mungkin boleh saya kongsikan kepada sahabat semua, insyaa-Allah.



                                  Antara buku yang sempat saya dapatkan, alhamdulillah. :)


            Saya memohon maaf jika post saya kali ini agak bersifat "peribadi" sedikit, dan bukan post yang membina, cuma nak kongsi pada semua.

Dan suka untuk saya simpulkan, setiap manusia ada tanda arasnya sendiri untuk mereka berubah dan berhijrah, lambat atau cepat hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Jadi, kita kenalah berusaha sehabis baik untuk mendapatkan hidayah serta rahmat Allah s.w.t, wallahua'lam.

Semoga Allah merahmati kita sentiasa sepanjang kehidupan kita sebagai hamba-Nya, Amin Ya Rabb.

Sekian dari dari saya yang khilaf ini. Salam Ukhwah sahabat semua. :D

                                                                            
                                                        السلام عليكم ورحمة الله هوابركاته



                                                                   





         


          

No comments:

Post a Comment