Sahabat Perjuangan

Saturday, January 26, 2013

Sebuah "Nawaitu", Sebuah Perjalanan

                                     بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِّ الرَّحِيْم  

Sesungguhnya dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Assalamualaikum semua sahabat dan teman, alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari ini, kita masih lagi mampu bernafas, dan diberi peluang untuk melihat serta menerokai ciptaan Allah s.w.t di atas muka bumi-Nya ini.

Pertama sekali, saya rasa bersyukur kerana saya diberi peluang untuk menulis blog ini. (Izinkan saya guna bahasa simple je ok, skema sangat pun tak boleh jugak kan..haha)

Penerbitan blog saya ni adalah kerana alhamdulillah, di dalam benak hati saya ni, telah pun timbul rasa tanggungjawab untuk menulis blog. Macam yang kita tahu kan, kita diciptakan di atas muka bumi Allah s.w.t adalah sebagai khalifah, dan tiada seorang manusia pun terkecuali daripada dirinya digelar khalifah, wallahhualam.

Sebenarnya saya ni takdelah alim sangat pun, cuma orang biasa je. Dulu saya ni seorang yang nakal dan biasalah, korang boleh faham sendiri kan, budak KL. Haha. Tapi alhamdulillah, semenjak meningkatnya umur saya ni, semakin matangnya pemikiran saya ni yang mampu bezakan antara baik dan buruk, saya mula sedar dan bermuhasabah diri, dan mula mendekati agama sedikit demi sedikit. Dan insyaa-Allah, saya akan sentiasa mendalaminya sehinggalah selesai tugas saya di atas muka bumi Allah s.w.t ni.

Straight to the point, niat saya buat blog ni pun sebab nak ajak semua kawan-kawan serta sahabat saya untuk turut sama kita bersatu dalam usaha dakwah ini, bagi kita mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t, insyaa-Allah.

Saya ni bukanlah ustaz, bukan pula imam muda, mahupun bukan seorang hafiz. Khilaf diri saya mengatakan banyak yang perlu saya pelajari bagi mendekatkan diri saya kepada Sang Pencipta.

Insyaa-Allah, diharap kawan-kawan dan sahabat dapat menerima saya dengan hati yang terbuka, dan sama-samalah kita saling nasihat-menasihati, sebab Islam tu sendiri menyarankan kita untuk saling nasihat menasihati;

           " .....الدِّينُ الْنَصِيحَة " - Agama Islam itu adalah nasihat.

Jadi dengan tertubuhnya blog, diharap kita akan jadikan ia medium untuk perkongsian ilmu, bukan sahaja ilmu duniawi, tetapi juga ilmu akhirat, insyaa-Allah.

Sama-samalah kita menuju dan mendekati kepada yang Maha Esa, Allah s.w.t.

Sekian saja dari saya,  


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. :) 

                                   Jadikan perjalanan hidup kita menuju Allah s.w.t. 
                                                  (Foto Ihsan : Lukisan Dakwah Islam)





No comments:

Post a Comment